awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen direman

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/08/2021
04:03 MYT
Bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen direman
Suspek dipercayai menggunakan kedudukannya menyeleweng wang sejak Ogos 2019 hingga Januari 2020. - Gambar Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang bekas Pegawai Tugas-tugas Khas Ahli Parlimen direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 22 Ogos bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan wang berjumlah RM140,600.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa ke atas suspek bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelesaikan siasatan.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, suspek berusia 43 tahun ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani, kira-kira jam 4.30 petang Khamis.
Katanya, suspek dipercayai menggunakan kedudukannya bagi melakukan kegiatan berkenaan sejak Ogos 2019 hingga Januari 2020.
Suspek yang pernah bertugas sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada seorang Ahli Parlimen di negeri ini dikatakan menyeleweng Peruntukan Khas Jabatan Perdana Menteri bagi kawasan Parlimen.
Suspek dipercayai menggunakan beberapa invois palsu bagi menuntut bayaran bagi kerja di kawasan Parlimen berkaitan bernilai antara RM9,500 hingga RM34,000.
Topic Berkaitan
#reman
#Pegawai Tugas-tugas Khas Ahli Parlimen
#penyelewengan wang
#SPRM
#invois palsu
#Sungai Petani
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan