awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pegawai SPRM ugut polis didenda RM10,000

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
30/10/2020
06:38 MYT
Bekas pegawai SPRM ugut polis didenda RM10,000
Pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM:Seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuh Malaysia (SPRM) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, Bukit Mertajam, Pulau Pinang selepas didapati bersalah memeras ugut seorang pegawai polis di Pulau Pinang, tiga tahun lalu.
Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Rommy Ma'i'aruf, 41, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
Selain itu, tertuduh yang juga bapa kepada tiga orang anak berdepan hukuman penjara 24 bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Sebelum ini, pada 30 November 2017, Rommy mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memeras ugut seorang pegawai polis yang bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).
Dia yang ketika itu bertugas di Unit Risikan SPRM Putrajaya (Zon Utara) ditahan polis di sebuah restoran dekat Machang Bubuk, Bukit Mertajam pada 9 Jun 2017 selepas memeras ugut Inspektor Ahmad Hasbi Mohd Fauzi, 35, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT agar menyerahkan RM3,000 bagi mengelak risiko ditahan SPRM.
Kesalahan itu dilakukan di perkarangan stesen minyak Petronas Seberang Jaya pada jam 9.30 malam sehari sebelum perbuatannya terbongkar.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazri Abdul Rahim dan Yusaini Amer Abdul Karim manakala tertuduh diwakili Peguam, Piyara Singh.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuh Malaysia
#polis
#PDRM
#Mahkamah Majistret
#kes ugut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan