awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pekerja IT bersalah sebabkan kematian Syed Danial

Sinar Harian
Sinar Harian
05/12/2023
04:14 MYT
Bekas pekerja IT bersalah sebabkan kematian Syed Danial
Tangkap layar video yang tular di media sosial berhubung kemalangan membabitkan Syed Danial pada 2019 lalu. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, mendapati seorang bekas pekerja bidang IT, Yew Wei Liang bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Lebuhraya Utara Selatan, empat tahun lalu.
Hakim, Julia Ibrahim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Ketika membaca keputusan penghakiman, Julia berkata, beban untuk membuktikan hak pertahanan diri daripada ancaman kecederaan tubuh, terletak pada bahu tertuduh, mengikut Seksyen 105 Akta Keterangan 1950.
Menurutnya, pembelaan bagi tertuduh yang berasal dari Kelantan itu gagal membuktikan mangsa melakukan ancaman kecederaan tubuh terhadapnya dan isteri.
"Wujud hak untuk mempertahankan harta tertuduh daripada perbuatan khianat oleh mangsa iaitu merosakkan kereta Innova-nya, menggunakan kayu bola lisut.
"Bagaimanapun, hak pertahanan harta ini tidak dilanjutkan sehingga menyebabkan kematian simati," katanya menambah bahawa kredibiliti saksi-saksi pendakwaan kekal tidak tercabar sehingga akhir kes pembelaan.
Susulan itu, Julia berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah bagi kesalahan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, pada 22 Ogos 2019, Wei Ling didakwa membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir, yang juga pengurus bank di Kilometer 293.6, Lebuhraya Utara Selatan pada jam 1 tengah hari hingga 2 petang, pada 10 Ogos tahun sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pada 20 Julai lalu, mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu.
Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin sementara pembelaan diwakili peguam, Wee Chong Keong.
Prosiding hujahan untuk sabitan hukuman, ditangguhkan ke jam 2.30 petang ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan
#Syed Muhammad Danial Syed Syakir
#buli jalan raya
#bekas pekerja bidang IT bersalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan