Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang hari ini memperoleh perintah tahanan reman empat hari bermula hari ini terhadap bekas pengarah sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan RM42,000 pada 2013.
Perintah tahanan reman yang dikeluarkan Majistret Nurunaim Abdullah di sini turut dikenakan terhadap seorang bekas pegawai dan seorang kakitangan sebuah lagi agensi kerajaan lain di bawah kementerian sama.
Pegawai Pendakwa SPRM Kamariah Seman memohon perintah reman itu terhadap ketiga-tiga lelaki berkenaan bagi membantu siasatan kes rasuah yang melibatkan pengeluaran Sijil Taraf Bumiputera palsu pada 2013.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.
Bekas pengarah yang berusia 39 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia 35 tahun dan 30-an itu ditahan sepasukan anggota SPRM Pahang di pejabat suruhanjaya itu di sini petang semalam. -- Bernama
Bernama
Thu Feb 09 2017
Bekas pengarah yang berusia 39 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia 35 tahun dan 30-an itu ditahan sepasukan anggota SPRM Pahang di pejabat suruhanjaya itu semalam. - Gambar hiasan
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Bekas pengarah agensi kerajaan ditahan reman empat hari bantu siasatan kes rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang memperoleh perintah tahanan reman terhadap bekas pengarah sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan kes rasuah.