awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS dalam proses lengkapkan prosedur pengambilan 200 bekas tentera
Phuket semak semula pengurusan sisa untuk pelancongan mampan
India puji keberanian Malaysia laksana reformasi buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah pecah amanah RM1.8 juta

Faida Rahim
Faida Rahim
22/01/2026
13:32 MYT
Bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah pecah amanah RM1.8 juta
Muhammad Azhan sebelum ini didakwa pada 12 Disember 2025 atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM1.8 juta. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekas pengarah syarikat Global Daten Sentrum, Muhammad Azhan Tumiran mengaku tidak bersalah atas dakwaan pecah amanah melibatkan RM1.8 juta, pada Isnin.
Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Tuan Izrallizam Sanusi, seterusnya memutuskan ikat jamin yang dikenakan terhadap Azhan dilanjutkan sebelum tarikh sebutan pada 21 Januari ini untuk penyerahan dokumen.
Mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan pada 24 Februari bagi penetapan tarikh bicara.
Muhammad Azhan, yang juga dipercayai bekas Pengarah Eksekutif Elektro Serve (M) Sdn. Bhd, sebelum ini didakwa pada 12 Disember 2025 atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM1.8 juta.
Mengikut pertuduhan, beliau didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang yang diamanahkan kepadanya bagi tujuan pengurusan syarikat.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Muhammad Azhan Tumiran
#Global Daten Sentrum
#mahkamah
#pecah amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan