awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penolong eksekutif mengaku tidak bersalah palsukan kira-kira buku akaun peserta Felcra

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
14/04/2021
04:55 MYT
Bekas penolong eksekutif mengaku tidak bersalah palsukan kira-kira buku akaun peserta Felcra
Menurut kertas pertuduhan, Mohd Hairee telah dengan sengaja dan dengan niat hendak menipu, memalsukan kira-kira di dalam buku akaun Impress Tabung Kebajikan Peserta Felcra Bhd kawasan Anak Endau. - Astro AWANI
KUANTAN: Seorang bekas Penolong Eksekutif Pembangunan Felcra mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, atas empat pertuduhan memalsukan kira-kira dalam buku akaun milik majikannya, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Hairee Aw Sudin, 43 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Sarah Zainal Abidin.
Menurut kertas pertuduhan, Mohd Hairee telah dengan sengaja dan dengan niat hendak menipu, memalsukan kira-kira di dalam buku akaun Impress Tabung Kebajikan Peserta Felcra Berhad, kawasan Anak Endau.
Bapa kepada dua anak itu dituduh melakukan kesalahan tersebut pada Januari hingga April 2018, di pejabat Felcra Berhad, Rompin serta didakwa mengikut seksyen 477A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwaraya SPRM, menawarkan ikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan.
Mohd Haire yang tidak diwakili peguam telah membuat rayuan memohon wang jaminan dikurangkan dengan alasan tidak mempunyai pendapatan tetap serta menanggung keluarga termasuk ibu bapa yang uzur, isteri dan dua orang anak kurang upaya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.
Syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di Pejabat SPRM pada setiap bulan sehingga kes selesai.
Kes disebut semula 5 Mei depan.
Topic Berkaitan
#Kuantan
#mahkamah
#Rasuah
#penjara
#Mahkamah Sesyen
#keluarga
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan