AYER KEROH: Seorang bekas polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan menggunakan senjata terhadap seorang lelaki di hadapan rumahnya di Taman Bukit Cheng, Melaka, 29 April lalu.
Perintah tahanan reman sehingga Selasa ini dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman terhadap suspek yang berusia 35 tahun di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini, hari ini.
Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah malam 29 April lalu, mangsa yang juga peniaga sayur berusia 25 tahun didatangi dua lelaki termasuk suspek yang menaiki motosikal ketika meletakkan kereta di hadapan rumahnya.
Katanya, salah seorang daripada suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukannya ke arah mangsa sambil mengarahkannya menyerahkan wang dan barang berharga.
"Mangsa kemudian menyerahkan wang tunai sebanyak RM400 dan sebuah telefon bimbit.
"Bertindak hasil maklumat, suspek berjaya ditahan sepasukan anggota polis pada pukul 12.30 tengah hari 2 Mei lalu.
"Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas pelbagai barang kes termasuk satu unit bekas plastik yang mengandungi sebutir peluru.
"Suspek mendakwa menyimpan peluru berkenaan meskipun telah ditamatkan perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2016," katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Wed May 03 2023

Perintah tahanan reman sehingga Selasa ini dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman terhadap suspek yang berusia 35 tahun di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh hari ini. - Gambar/ Astro AWANI

Jabatan Perikanan giat kembangkan ternakan ikan susu
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sedang giat mengembangkan ternakan ikan susu di seluruh negara.

Institusi dan pendidikan Islam diharap dapat keutamaan dalam Belanjawan 2024
Pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen bulan depan diharap akan terus memberi keutamaan kepada penambahbaikan institusi dan pendidikan Islam.

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.

Bekas polis direman samun peniaga sayur RM400
Seorang bekas polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan menggunakan senjata terhadap seorang lelaki di hadapan rumahnya di Taman Bukit Cheng, Melaka, 29 April lalu.

Bekas polis dipenjara, didenda halang tugas polis
Bekas anggota polis dijatuhi hukuman penjara tujuh hari selain didenda RM5,000 kerana menghalang tugas anggota polis yang mengeluarkan saman.

Bekas polis 110 tahun bersemangat dapatkan suntikan vaksin COVID-19
Arifin Deris yang pernah bertugas ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu, berkata dia mempunyai kesedaran mengenai kepentingan vaksin dan mendaftar dengan sukarela.

Bekas polis didakwa salah guna wang insurans lebih RM100,000
Tertuduh yang juga seorang ejen insurans dituduh dengan curang telah menyalahgunakan wang tunai pembayaran insuran pelanggannya.

Suspek bunuh bekas anggota polis di Meranti direman tujuh hari
Marah kerana ditegur oleh mangsa, suspek bertindak memukul mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Demonstrasi jalanan bukan penyelesai masalah - Bakri Zinin
Demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan ia bukan cara konstruktif untuk orang ramai mencari penyelesaian terhadap masalah dalaman negara.