SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) sah dibubar dan ahlinya menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) dengan Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP.
Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PDP malam ini sebulat suara turut melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa dan ADUN Ba'kelalan, Baru Bian, masing-masing sebagai Naib Presiden PDP.
"Pelantikan Wong adalah mengikut perlembagaan parti setelah mengambil kira pengalaman luas yang beliau miliki dan kedudukan bekas pemimpin PSB lain akan ditentukan pada Mesyuarat Agung Khas parti kemudian,"katanya semasa berucap pada majlis jamuan malam bagi mengalu-alukan ahli PSB menyertai PDP di sini.
Dalam ucapannya, Tiong yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya turut menyeru semua ahli PDP menerima bekas pemimpin dan ahli PSB yang telah dibubarkan itu dan menjadi satu keluarga besar yang memberikan khidmat demi pembangunan Sarawak dan masa hadapan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Beliau merakamkan penghargaannya kepada kepada pimpinan tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang merestui dan menyokong usaha PDP menerima bekas pemimpin dan dan ahli PSB.
Selain PDP, parti komponen dalam GPS turut melibatkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). Berikutan perkembangan ini, GPS kini menguasai 80 daripada 82 kerusi DUN di Sarawak.
Sementara itu, Wong dalam ucapannya berkata melihat kepada senario politik sekarang, rakyat memerlukan kerajaan yang kuat baik di peringkat Persekutuan dan negeri.
"Oleh itu kami telah memutuskan untuk menyokong Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan negeri di bawah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg,"katanya.
Menurutnya PSB dibubarkan selepas Persidangan Khas Perwakilan 17 Feb lalu dengan permohonan pembubaran dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 11 Mac lalu."Kami menerima surat kelulusan pembubaran dari ROS pada 19 Mac lalu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Tiong berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PDP sebulat suara turut melantik ADUN Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa dan ADUN Ba'kelalan, Baru Bian, masing-masing sebagai Naib Presiden PDP. - Gambar Bernama
Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak supaya memainkan peranan bagi mencapai transformasi pendidikan berkualiti.
Hong Kong bakal buka pejabat perdagangan dan ekonomi di Malaysia
Hong Kong bakal membuka Hong Kong Economic & Trade Office (HKETO) di Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
10 Berita Pilihan - (23 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 24 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Isu sekolah daif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam longkang
Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar.
Inflasi Singapura kekal stabil pada April 2024
Inflasi teras Singapura mencatatkan 3.1 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah daripada Mac.
APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan
APMM Kelantan menahan dua bot nelayan tempatan kelas C dan bot fiber rekreasi pancing di perairan Tok Bali dalam dua tangkapan berasingan pada 9 dan 16 Mei lepas.
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
CIDB laksana lebih 1,500 operasi penguatkuasaan dari Januari-April
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah melaksanakan 1,528 operasi penguatkuasaan di tapak pembinaan di seluruh negara dari Januari hingga April tahun ini.
Bekas Presiden PSB dilantik Naib Presiden Kanan PDP - Tiong
Parti Sarawak Bersatu (PSB) sah dibubar dan ahlinya menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) dengan Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP.
DAP Sarawak perlu main peranan pembangkang lebih aktif - Penganalisis
Kedudukan pembangkang yang terlalu lemah di dalam dewan undangan negeri (DUN) Sarawak akan menyukarkan proses semak dan imbang sekali gus boleh menimbulkan masalah ketidakcekapan pentadbiran.
GPS belum beri 'lampu hijau' untuk ahli PSB sertai PDP
Abang Johari berkata belum ada sebarang mesyuarat gabungan politik itu bagi membincangkan isu ahli PSB menyertai PDP selepas pembubaran PSB.
Deretan empat rumah hangus dalam kebakaran
Keempat-empat buah rumah kelas A itu mengalami kemusnahan lebih 90 peratus, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.
Pasca PRU15: Lebih 26,000 tandatangan petisyen, gesa MP Sarawak tolak kerjasama dengan PN, Pas
Petisyen yang dilancarkan Parti Sarawak Bersatu itu dimulakan pada Selasa, 22 Nov melalui lawan sesawang change.org .
PRU15: Wong Soon Koh mahu ke Dewan Rakyat, sedia rampas Parlimen Sibu
Jelas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) itu keputusan buat sebagai memenuhi permintaan ahli yang mahu beliau mewakili suara parti itu di Dewan Rakyat.
Chee How perlu letak jawatan sebagai ADUN, bayar ganti rugi kepada PSB - Soon Koh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How perlu meletakkan jawatan sebagai ADUN Sarawak serta-merta, kata Datuk Seri Wong Soon Koh.
PRN Sarawak: Air mata Soon Koh rayu sokongan untuk PSB
Sendu dan air mata mengiringi rayuan terakhir Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Khamis, agar rakyat memberi peluang kepada parti itu.
PRN Sarawak: PSB bukan macam PH, hentikan projek pembangunan jika berkuasa - Koh Kumbong
Projek pembangunan infrastruktur yang sedang rancak dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh akan diteruskan dalam usaha membangunkan kawasan tersebut.
PRN Sarawak: Jumlah calon ramai, namun kesimpulannya lebih kepada pertembungan GPS, DAP dan PSB - Penganalisis
Pemerhati politik Dr Jeniri Amir dan Dr Lee Kuok Tiung, kedua-duanya anak Sarawak, senada jelas tidak terperanjat dengan jumlah calon yang besar itu.