awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas setiausaha politik Mat Sabu didakwa minta dan terima rasuah

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2020
04:56 MYT
Bekas setiausaha politik Mat Sabu didakwa minta dan terima rasuah
Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Mohd Azhar Che Mat Dali (dua, kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Bekas setiausaha politik bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas lima tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM6.3 juta.
Mohd Azhar Che Mat Dali, 49, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Awi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Azhar didakwa meminta suapan RM5 juta daripada Pengarah Urusan syarikat FEHM Entity Sdn Bhd, Elias Jemadi Tajudin.
Ia sebagai upah membantu syarikat itu untuk dipilih sebagai menjadi rakan strategik dan kontraktor senggaran bagi peralatan perisikan.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Hotel Le Apple Boutique, Jalan Ampang, Kampung Baru, pada 22 Julai 2019.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.
Bagi pertuduhan kedua hingga kelima, Mohd Azhar didakwa menerima RM1.35 juta daripada Elias melalui pengarah syarikat Ikaira Resources, Zainudin Abdul Majid dan pengarah syarikat Aqsa Solutions Sdn Bhd, Ahmad Hisham Mohd Tajuddin bagi tujuan sama.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Pertahanan di Jalan Bellamy dan beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya antara September 2019 dan Februari 2020 dan didakwa mengikut seksyen sama.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin selain perlu melaporkan diri bermula November ini di pejabat SPRM pada setiap bulan serta pasport diserahkan sehingga kes selesai.
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#Mat Sabu
#Mohd Azhar Che Mat Dali
#SPRM
#Rasuah
#mahkamah
#politik
#Mahkamah Sesyen
#setiausaha politik
#bekas Menteri Pertahanan
#bekas setiausaha politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan