KOTA BHARU:Bekas suami pertama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida memfailkan tuntutan hadhanah iaitu hak lawatan, bermesra dan bermalam ke atas dua anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.
Mohd Amin Yassin, 42, memfailkan tuntutan berkenaan dua minggu lalu dengan pengurusan kes bermula hari ini.
Bagaimanapun, prosiding tidak dapat dijalankan kerana Vida, 49, selaku defendan tidak hadir.
Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty menetapkan 25 November ini sebagai sebutan semula kes.
Abu Bakar juga tidak akan membuat sebarang keputusan hari ini sehingga mendengar keterangan dengan kehadiran kedua-dua pihak.
Dalam masa sama, Abu Bakar juga mengarahkan kedua-dua anak plaintif dan defendan turut hadir dalam prosiding berkenaan.
Mohd Amin memfailkan tuntutan itu selepas dihalang untuk berjumpa dua anaknya, Edlynn Zamileen, 15, atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 13, yang popular dengan panggilan Kacak.
Menurut Mohd Amin, kali terakhir beliau bertemu anak-anaknya itu ialah lebih dua tahun lalu di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak selama 15 minit sahaja.
Kata Mohd Amin, sebagai bapa, beliau amat merindui kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.
"Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat.
"Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan," kata Mohd Amin ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah di sini, hari ini.
Mohd Amin juga mendakwa, sebelum ini, beliau hanya dibenarkan bertemu anak-anaknya itu di kawasan pagar rumah Vida, di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah sahaja.
"Kedua-dua anak masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka.
"Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu," katanya lagi.
Mohd Amin berkahwin dengan usahawan komestik dan kesihatan itu pada 2000 sebelum bercerai pada 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.
Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumah Vida di Ipoh pada 2013.
Mohd Amin diwakili peguam syarie Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.
Muhafandi Muhamad
Tue Nov 03 2020
Menurut Mohd Amin, kali terakhir beliau bertemu anak-anaknya itu ialah lebih dua tahun lalu di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak selama 15 minit sahaja.
AWANI Pagi: Pembedahan aestetik - Mahu cantik tapi selamat
Trend untuk melakukan pembedahan plastik secara pantas, ringkas dan murah melalui individu tidak bertauliah adalah sangat merisaukan.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Adira tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Datuk Red
"Apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang," kata Adira.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
Bekas suami ditahan berhubung kes bunuh wanita 24 tahun
Polis menahan dua lelaki berhubung kes bunuh seorang wanita yang merupakan pembantu kedai berusia 24 tahun di Sibu Jaya di sini semalam.
Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting
Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi Tawau bahawa beliau telah menikam bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas berlaku pertengkaran antara mereka.
Wanita 'belasah' bekas suami kerana hutang
Suspek yang berusia 38 tahun dan bekerja sebagai akauntan telah memarahi pengadu berkaitan hutang berjumlah RM87,000.
Wanita anak tiga maut ditikam bekas suami
Cemburu dipercayai menjadi motif seorang wanita maut ditikam bekas suaminya dalam satu kejadian di Taman Desa Darulnaim, Kubang Kerian.
Suri rumah didakwa pukul, toreh badan bekas suami
Bukan hanya mencederakan bekas suaminya, tertuduh juga ancam untuk membunuh mangsa selepas mereka berselisih faham.
Britney Spears kahwin secara eksklusif, bekas suami pula buat kecoh!
Penyanyi pop terkenal Britney Spears akhirnya berkahwin dengan pasangannya Sam Asghari.
Ras Adiba akui kahwin kali kedua dengan mantan suami
Ras memilih merahsiakan mengenai perceraian mereka kerana menganggap ia sebagai perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.
Ibu tunggal sanggup dimaki, dipukul bekas suami asalkan dapat bersama enam anak
Ini perkongsian Alina Nor Hafizah Abu Hasan berkenaan hidupnya bersama enam orang anak.
Masih tergilakan Aidil Zafuan? Ini jawapan Rita Rudaini
"Saya bukan serik, cuma belum terfikir untuk kembali berumah tangga," kata Rita Rudaini.
Bekas suami Datuk Seri Vida fail tuntutan hadhanah
Mohd Amin memfailkan tuntutan itu selepas dihalang untuk berjumpa dua anaknya, Cik B dan Kacak.