Skip to main content

Malaysia

Bekas tentera yang mati ditembak ialah ketua kongsi gelap

61378097882_295x200.jpg
Polis Perak mengesahkan bekas anggota tentera yang mati  ditembak di hadapan sebuah restoran di Taman Rishah, Silibin, semalam adalah ketua kumpulan kongsi gelap 36 di Batu Gajah.

Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditembak akibat pergaduhan membabitkan tiga kumpulan kongsi gelap di kawasan berkenaan iaitu 36, 04 dan 08 .

Pergaduhan juga dipercayai berpunca perebutan kawasan pengedaran dadah.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi semalam, mangsa S. Jambu Keshan, 39, maut ditembak tiga das tembakan pada jarak dekat.

Advertisement

Must Watch Video