awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas tukang masak bebas tuduhan bunuh

Sinar Harian
Sinar Harian
19/12/2024
06:34 MYT
Bekas tukang masak bebas tuduhan bunuh
Kim Hau (kiri) dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh seorang lelaki, enam tahun lalu.
JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, melepas dan membebaskan seorang bekas tukang masak daripada tuduhan membunuh seorang lelaki, enam tahun lalu.
Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh, Calvin Phua Kim Hau, 27, di akhir kes pendakwaan.
Abu Bakar dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan yang dilakukan tertuduh.
"Mahkamah ini telah menimbangkan secara maksima keterangan yang dikemukakan sepanjang kes pendakwaan dan setelah menghalusi hujahan bertulis pihak-pihak, mahkamah ini berpuas hati bahawa kecederaan tubuh badan pada si mati mencukupi dalam keadaan biasa untuk menyebabkan kematian.
"Mahkamah berpendapat keterangan dua orang saksi pendakwaan tidak secara positif mengesahkan tertuduh yang melakukan tikaman ke atas si mati.
"Sekadar kehadiran tertuduh di tempat kejadian tanpa perlakuan lainnya tidak mencukupi untuk mengaitkan tertuduh dengan pembunuhan yang berlaku," hujahnya.
Sebelum ini, Calvin didakwa membunuh John Liew Yuan, 24 (ketika kejadian) di hadapan pos pengawal sebuah kondominium di Jalan Masai Jaya, Plentong di sini, kira-kira jam 2.30 pagi, 3 Jun 2018.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#terlepas hukuman gantung
#tukang masak
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan