awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas warden pusat tahfiz didakwa liwat, lakukan amang seksual terhadap enam pelajar

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2022
08:18 MYT
Bekas warden pusat tahfiz didakwa liwat, lakukan amang seksual terhadap enam pelajar
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan terhadap enam pelajar lelaki berusia 11 hingga 13 tahun di sebuah pusat tahfiz di Kemaman daripada Disember 2021 hingga Februari lalu. - Foto Astro AWANI
KEMAMAN: Seorang bekas warden pusat tahfiz dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini atas 10 pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual terhadap enam pelajar.
Bagaimanapun tertuduh Muhammad Jamil Abdul Kadir, 23, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan terhadap enam pelajar lelaki berusia 11 hingga 13 tahun di sebuah pusat tahfiz di Kemaman daripada Disember 2021 hingga Februari lalu.
Tertuduh berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, dua pertuduhan mengikut Seksyen 377B kanun yang sama selain empat pertuduhan mengikut Seksyen 14(d) dan tiga pertuduhan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin sebanyak RM51,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Selain itu mahkamah juga menetapkan syarat tambahan dia tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai dibicarakan.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurhanisah S.H. Sahul Hamid.
Topic Berkaitan
#warden pusat tahfiz
#liwat
#amang seksual
#Mahkamah Sesyen Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan