KUALA LUMPUR: Pusat peningkatan akademik, PTTI Group Sdn Bhd (PTTI) menerusi kempen ‘2 Juta Bangkit Belajar’ menawarkan pembelajaran dalam talian percuma kepada dua juta pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bermula 27 Oktober hingga 27 November depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, kempen tersebut adalah inisiatif pihaknya dalam menyediakan peluang mendapatkan pembelajaran berkualiti dan terbukti kepada pelajar setelah sesi persekolahan terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Mereka dari Tingkatan 1 hingga 5 boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan selepas itu boleh belajar secara “live” mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita bagi percuma sebulan ini sebagai rangsangan kepada usaha tak kenal jemu membantu pelajar lagipun pembelajaran dalam talian sudah menjadi trend dan tuntuan semasa saat ini,” katanya pada pelancaran kempen ‘2 Juta Bangkit Belajar’, pada Rabu.

Dalam pada itu, pelajar cemerlang PTTI, Muhammad Mifdhal Muntazar berkata, sejak mengikuti pembelajaran dalam talian di PTTI, prestasi akademiknya meningkat dan berhasil mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

“Dahulu saya merupakan pelajar yang biasa-biasa sahaja, keputusan akademik tidak seberapa. Sejak menyertai PTTI banyak perkara baru yang saya pelajari. Cikgu-cikgu di PTTI mengajar saya langkah demi langkah sehingga saya faham. Alhamdulillah SPM saya mendapat 9A. Saya bangga kejayaan ini boleh gembirakan mak ayah saya.

“Sebab itulah saya datang hari ini untuk menyokong inisiatif ‘2 Juta Bangkit Belajar’ untuk mengajak lebih ramai pelajar diluar sana untuk menyertai PTTI,” katanya.

Sejak 2015, lebih 100,000 pelajar mencapai keputusan cemerlang dengan bimbingan PTTI. - Gambar PTTI


Sementara itu, duta dan ikon PTTI, Iman Troye berkata, dia akan terus memberikan semangat kepada pelajar untuk bangkit belajar selain mengajak mereka untuk menyertai pusat tersebut.

“Saya rasa bertanggungjawab untuk memberi motivasi kepada pelajar di seluruh Malaysia untuk bangkit belajar.

“Dalam inisiatif ‘2 Juta Bangkit Belajar’ ini, saya adalah penyokong nombor satu kerana ini adalah cara saya dan PTTI melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang yang kompeten terutamanya dalam SPM,” ujarnya.

Untuk rekod, sepanjang tahun 2020 sahaja, PTTI telah membantu lebih 100,000 pelajar mencapai keputusan memberangsangkan di seluruh Malaysia.

Bagi pelajar yang ingin mendaftar, boleh melayari www.MampuSkorSPM.com.



PTTI Group Sdn Bhd | Belajar percuma menerusi '2 Juta Bangkit Belajar'