Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Sabtu mengingatkan semua pihak agar belajar daripada sejarah supaya ia dapat mengelak daripada mengulangi sebarang kesilapan lampau.
Titah baginda, sejarah bukannya ramalan tetapi merupakan catatan peristiwa yang telah berlaku berdasarkan fakta, satu rekod yang tepat malah konsisten dan tidak berubah untuk dijadikan sebagai rujukan, teladan serta panduan.
"Mereka yang lupa akan sejarah, akan didera dengan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali dan tidak belajar daripada sejarah merupakan sebesar-besar sejarah pengajaran," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-60 Baginda di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini pada Sabtu.
Baginda juga merujuk kepada kejatuhan peradaban Agung Andalusia dan empayar Melaka selepas ukhuwah dan pentadbiran diserahkan kepada mereka yang kurang bijaksana.
Sultan Nazrin yang dikenali sebagai Sultan berjiwa rakyat bertitah kejatuhan Andalusia tidak berlaku dalam sekelip mata tetapi melalui proses yang panjang dan bibit-bibit kejatuhan bermula sejak pemerintahan Andalusia dijuzuki kepada kerajaan-kerajaan kecil.
Titah Baginda, retaknya Andalusia sebagai sebuah kerajaan adalah disebabkan semangat puak dan sikap fanatik yang tidak menghiraukan pentingnya ukhuwah Islamiah malah menghadapi masalah dalaman, bergaduh dan bercakaran, saling menindas sesama sendiri untuk merebut kuasa khalifah dan penguasaan wilayah.
Sultan Nazrin Shah yang dimasyurkan sebagai Sultan Perak pada tahun 2014 itu turut berkata Melaka jatuh ke tangan Portugis kerana pemimpinnya leka, mengabaikan rakyat, negara dan agama.
"Rasuah berleluasa, sistem cukai yang tinggi yang diperkenalkan, mengakibatkan para pedagang beralih ke pelabuhan lain.
"Perdagangan di Melaka merosot dalam suasana berlakunya perpecahan sesama bangsa, berlakunya perselisihan, pengkhianatan rakyat tempatan dengan dibantu oleh orang luar," titah Baginda.
Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin Shah turut menganugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat-pingat negeri kepada 33 daripada keseluruhan 333 penerima.
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar mengetuai senarai 333 penerima darjah dan pingat kebesaran negeri pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang ke-60 di Istana Iskandariah pagi Sabtu.
Bekas Ketua Polis Negara keempat itu dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) yang membawa gelaran Datuk Seri DiRaja.
Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong, Ahli Dewan Negara Perak juga bekas Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Zainal Adzam Abd. Ghani dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dr. Wan Mohammad Zahid Mohammad Nordin.
Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima, dikurniakan kepada Panglima Pemerintah Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli.
Manakala, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mohd. Ghazali Jalal menjadi salah seorang penerima Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM).
Nazialita Geynna Maharan
Sat Nov 05 2016

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan titah pada Istiadat pengurniaan Kebesaran, bintang dan pingat pingat negeri bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak di Istana Iskandariah, Bukit Chandan hari ini. - Foto BERNAMA

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

Banduan bergelar doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, hari ini.

PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan
Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Agong zahir sukacita prestasi ekonomi, pedagangan negara bertambah baik
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan perasaan sukacita dengan keadaan ekonomi dan prestasi perdagangan negara yang bertambah baik dan menunjukkan peningkatan.

PM ucap tahniah sempena ulang tahun Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Anwar merafak sembah dan ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-76 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

97 individu terima Darjah, Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Kesemua 97 individu itu telah melepasi tapisan PDRM, Jabatan Insolvensi Malaysia dan SPRM.

PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah hari keputeraan Agong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sultan Mizan Zainal Abidin kurnia darjah kebesaran kepada 111 individu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Gelaran dan Darjah Kebesaran Bintang-Bintang serta Pingat kepada 111 individu di Istana Syarqiyyah di sini, hari ini.

TPM, anggota Kabinet ucap tahniah Hari Keputeraan Agong
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Negara di landasan tepat jayakan agenda pembangunan demi rakyat - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa negara kini berada di landasan yang tepat bagi menjayakan agenda pembangunan.

Razali ketuai 540 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.