awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Cadangan pemimpin PH akan dipertimbangkan demi kebaikan rakyat - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
01/11/2020
21:13 MYT
Belanjawan 2021: Cadangan pemimpin PH akan dipertimbangkan demi kebaikan rakyat - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul (dua kanan) berkata beliau berkongsi dengan pemimpin PH mengenai cabaran ekonomi yang dihadapi negara serta tindakan yang akan dilakukan kementerian untuk Belanjawan 2021. - Facebook Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR:Cadangan yang dikemukakan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) semasa sesi rundingan mengenai Belanjawan 2021 semalam akan dipertimbangkan demi kepentingan rakyat dan negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata perbincangan selama dua jam itu memberi fokus kepada beberapa bidang utama termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan, kesejahteraan awam, pengukuhan sektor perniagaan selain mengetengahkan enam cadangan utama.
“Saya juga berkongsi dengan mereka mengenai cabaran ekonomi yang dihadapi negara serta tindakan yang akan dilakukan Kementerian Kewangan (MOF) untuk Belanjawan 2021.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada delegasi pemimpin PH kerana telah berkongsi pelbagai pandangan dan pengalaman mereka," katanya di laman Facebooknya.
Sumber Facebook tzafrulaziz
Delegasi pemimpin PH yang menghadiri sesi rundingan itu terdiri daripada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dan sembilan wakil lain.
BACA: Belanjawan 2021: Wakil pemimpin Pakatan Harapan jumpa Menteri Kewangan
BACA: Belanjawan 2021: Masih awal untuk pembangkang nyatakan sokongan
BACA: Belanjawan 2021: Pejuang mahu teliti dahulu sebelum beri sokongan
BACA: Belanjawan 2021: 'Tidak akan dipolitikkan' - Tengku Zafrul
Terdahulu, Tengku Zafrul turut mengadakan pertemuan dengan wakil parti politik dari UMNO, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengenai Belanjawan 2021, yang dijadual dibentangkan di Parlimen, Jumaat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2021
#cadangan
#PH
#Pakatan Harapan
#Kementerian Kewangan
#Tengku Zafrul Abdul Aziz
#rundingan
#cabaran ekonomi
#Sektor Perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan