KUALA LUMPUR:Kelulusan Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion selepas melalui perdebatan yang hangat daripada parti blok kerajaan dan pembangkang dapat menyuntik keyakinan selain bertepatan dengan usaha negara ke arah pemulihan ekonomi berikutan cabaran akibat pandemik COVID-19.
"Ia akan dapat memberi keyakinan bukan hanya dalam kalangan pelabur domestik tetapi juga pelabur asing," kata Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Tan Sri Dr Kamal Salih.
Kelulusan itu amat penting dalam memastikan pertumbuhan negara yang dilihat pulih daripada penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang rendah sebanyak 17.1 peratus pada suku kedua tahun ini kepada -2.7 peratus pada suku ketiga 2020, katanya kepada Bernama.
Terdahulu, Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Belanjawan, yang pertama dibentang di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Bagaimanapun, katanya ia akan menjadi tugas berat untuk memastikan perubahan yang besar dalam kadar pertumbuhan.
Beliau berkata dalam memastikan perubahan yang besar sebanyak 11.5 peratus daripada -5.5 peratus diunjurkan pada 2020 kepada 6.0 peratus unjuran oleh MIER, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah tambahan selain daripada inisiatif yang digariskan dalam belanjawan.
Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan kadar pertumbuhan sebanyak 6.5 hingga 7.5 peratus pada 2021.
Beliau berkata MIER telah menggesa kepada lebih banyak pelaburan baharu atau suntikan baharu dalam bentuk wang atau dana untuk membiayai projek infrastruktur yang akan memberi kesan berganda kepada negara dan ekonomi.
Katanya ini termasuk membina lebih banyak rumah mampu milik yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menjana pendapatan boleh guna yang lebih baik untuk orang ramai supaya mereka dapat berbelanja lebih.
"Kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada isu-isu seperti kenaikan harga makanan dan keselamatan makanan, selain isu berkaitan teknologi yang berkait rapat dengan pelaburan asing," katanya.
Kamal berkata beliau yakin kelulusan Belanjawan 2021 akan memberi laluan kepada Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi seperti yang digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), tetapi dengan syarat kerajaan melaksanakan pembaharuan struktur dan langkah-langkah yang luar biasa.
Pembaharuan struktur itu termasuklah mengkaji sistem cukai dan kemungkinan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang tidak popular, katanya.
Maybank Investment Bank Research baru-baru ini berkata Kementerian Kewangan telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji pelbagai langkah untuk melonjakkan pendapatan, termasuk kemungkinan memperkenalkansemula GST.
Dalam nota penyelidikan yang dikeluarkan pada Isnin susulan dialog dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz yang diadakan Jumaat lepas, ia memetik Tengku Zafrul sebagai berkata langkah-langkah lain termasuk menganalisis kelemahan regim cukai dan kesan percukaian baharu ke atas ekonomi.
Kementerian itu juga dikatakan sedang mengkaji pilihan untuk cukai-cukai baharu sepert cukai karbon dan cukai digital, merasionalisasikan insentif cukai, meningkatkan pentadbiran cukai dan audit cukai seperti memperkenalkan angka pengenalan dan menambahbaik analitik data.
"Langkah luar biasa seperti ini perlu dilakukan untuk keluar daripada kekacauan ekonomi dan politik pada masa ini," kata Kamal.
Beliau berkata untuk mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi, Malaysia perlu ditadbir oleh kerajaan yang sangat stabil dan berwawasan.
"Ia memerlukan kerajaan yang sangat stabil dengan wawasan, kemampuan yang jelas dan akan melakukan perkara yang tidak popular, bukan yang biasa, bagi memerangi situasi COVID-19 pada masa ini," kata beliau.
Kamal berkata beliau berharap kerajaan dapat terus memberi keutamaan kepada isu-isu berkaitan pengangguran, langkah-langkah untuk membantu pemulihan perniagaan serta memastikan pemulihan jangka panjang berjalan lancar.
Sementara itu, Pengerusi Pusat ASLI bagi Kajian Dasar Awam Tan Sri Ramon Navaratnam berkata walaupun Belanjawan 2021 telah melepasi peringkat dasar, dasar seperti Dasar Ekonomi Baharu (NEP) perlu diubahsuai bagi menarik lebih banyak pelaburan asing dan domestik.
Beliau menggesa agar sektor swasta memainkan peranan yang lebih penting semasa krisis COVID-19 ini.
"Sektor-sektor seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan dan infrastruktur boleh dibiayai oleh sektor swasta, sama seperti jalan bertol," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020
KAMAL: Langkah luar biasa seperti ini perlu dilakukan untuk keluar daripada kekacauan ekonomi dan politik pada masa ini. - Gambar fail
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.