awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan

Belanjawan 2021: Golongan M40 tetap dapat perhatian - Tengku Zafrul

Farhana Joni
Farhana Joni
08/11/2020
13:31 MYT
Belanjawan 2021: Golongan M40 tetap dapat perhatian - Tengku Zafrul
Golongan M40 tetap mendapat perhatian kerajaan dengan bantuan dan insentif Belanjawan 2021. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Insentif atau bantuan kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) tidak berkurangan dalam Belanjawan 2021, sebaliknya kumpulan itu menerima banyak kelebihan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah keseluruhan bantuan kepada golongan M40 yang berpendapatan kurang RM100,000 setahun itu pada tahun hadapan bernilai RM10 bilion.
Kata beliau, antara bantuan membabitkan golongan itu adalah pengurangan bayaran cukai sebanyak satu peratus dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada sembilan peratus serta pembayaran bersasar moratorium untuk golongan M40.
"Ini memberi lebih kurang RM90.3 bilion yang masuk ke dalam ekonomi. Pelbagai lagi insentif cukai diberikan kepada M40 dan bantuan pembayaran bersasar yang dimudah cara untuk golongan terkesan.
"Ia termasuk juga moratorium yang mana peminjam termasuk M40 perlu hanya membuat deklarasi sendiri seperti hilang pekerjaan dan pendapatan untuk mendapatkan lanjutan moratorium secara automatik," katanya ketika ditemu bual di TV3 di sini, malam ini.
Tambah Zafrul, masyarakat tidak boleh hanya melihat bantuan jangka pendek kerana perancangan jangka sederhana dan panjang turut dibuat oleh kerajaan.
"Dalam hal ini, usaha kerajaan menyediakan sekurang-kurangnya 500,000 peluang pekerjaan kepada golongan M40 merupakan insentif yang lebih lestari bagi jangka panjang," katanya.
Topic Berkaitan
#engku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Menteri Kewangan
#Belanjawan 2021
#M40
#pendapatan sederhana
#Moratorium
#KWSP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.