awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Kerajaan perlu ambil kira pandangan PH, blok pembangkang - Dr Boon Chye

Fareez Azman
Fareez Azman
01/11/2020
08:36 MYT
Belanjawan 2021: Kerajaan perlu ambil kira pandangan PH, blok pembangkang - Dr Boon Chye
Dr Lee Boon Chye berkata pandangan Pakatan Harapan dan blok pembangkang perlu diambil kira dalam Belanjawan 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan perlu mengambil kira pandangan Pakatan Harapan (PH) dan blok pembangkang dalam Belanjawan 2021 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye, rundingan secara bipartisan perlu dijalankan bagi memastikan Belanjawan 2021 menepati fokus membantu rakyat dan ekonomi negara ini.
"Saya harap ada rundingan dua pihak dari segi kerajaan dan blok pembangkang supaya kita setuju.
"Supaya ada bipartisan dalam Belanjawan 2021 ini. Ini penting kerana kita tidak mahu bajet itu gagal dan rakyat menderita dan kita juga mahu pandangan PH dan blok pembangkang diambil kira apabila kemukakan belanjawan 2021," katanya ketika ditemubual Astro AWANI.
Sebelum ini, Majlis Presiden PH memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar semua Ahli Parlimen untuk memberi sokongan kepada Belanjawan 2021 demi kelangsungan kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara.
Belanjawan 2021 akan di bentang dalam Sidang Dewan Rakyat pada 6 November ini.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
#Astro Awani
#Perdana Menteri
#Belanjawan 2021
#Bajet 2021
#blok pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan