awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Virus Nipah: Singapura perketat saringan kesihatan di pintu masuk
AADK sasar pemasangan CCTV berteknologi tinggi di lokap tahun ini
Pempengaruh didenda RM40,000 buat hantaran video jelik beri sisa makanan kepada gelandangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Ketepikan perbezaan politik demi rakyat - Perdana Menteri

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
31/10/2020
08:26 MYT
Belanjawan 2021: Ketepikan perbezaan politik demi rakyat - Perdana Menteri
Beliau berharap semua Ahli Parlimen dapat mengenepikan perbezaan politik untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan mengumumkan inisiatif-inisiatif tertentu dalam pembentangan Belanjawan 2021 yang dijadualkan 6 November ini.
Beliau berkata, inisiatif itu bakal meringankan beban yang ditanggung rakyat dalam dalam menghadapi situasi yang sukar ketika ini.
Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan akan menyediakan pelbagai peruntukan kepada agensi kerajaan, bantuan kepada rakyat jelata dan insentif kepada sektor korporat, industri dan perniagaan dalam menghadapi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
"Saya berharap, semua Ahli Parlimen dapat mengenepikan perbezaan politik untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan demi kepentingan rakyat dan negara.
"Marilah kita letakkan kepentingan rakyat mengatasi segala kepentingan lain.
"Satu bentuk persefahaman boleh dirangka dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen untuk membolehkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan sokongan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang," katanya dalam Perutusan Khas mengenai situasi semasa COVID-19 di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Muhyidin berkata, beliau juga menzahirkan jaminan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus mencari jalan terbaik untuk mengurus krisis besar yang sedang kita hadapi pada masa ini.
"Matlamat kita hanyalah satu iaitu untuk menang dalam melawan COVID-19 dan memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela," katanya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#ekonomi
#politik
#kerajaan
#pembangkang
#keselamatan
#COVID-19
#Belanjawan 2021
#Parlimen
#inisiatif
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan