KUANTAN:Kementerian Komunikasi dan Multimedia berharap aspek kesalinghubungan internet diangkat sebagai utiliti awam ketiga negara selepas air dan elektrik pada pembentangan Belanjawan 2021, kata Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata penarafan internet sebagai utiliti awam dapat membantu mempercepat pembinaan infrastruktur berkaitan seperti menara atau fiber gentian optik sekali gus membolehkan rakyat menikmati kemudahan itu pada kadar segera.
"Memandangkan elektrik dan air merupakan utiliti awam, maka pemaju dalam usaha mendapatkan kelulusan merancang perlu membentangkan kepada pihak berkuasa tempatan bagaimana mereka akan menyediakan kemudahan itu.
"Setakat ini, mereka tidak perlu bentangkan di mana hendak membina menara komunikasi kerana ia tidak termasuk dalam utiliti awam.
"Infrastruktur bagi internet hanya datang selepas projek siap dan semasa itu, boleh berlaku kelewatan jika tiada tapak sesuai atau masalah lain," katanya.
Saifuddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat e-Dakwah Parlimen Indera Mahkota dan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di Sungai Karang di sini hari ini, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Andansura Rabu.
Jika hasrat itu dapat dilaksanakan, Saifuddin berkata ia mampu menjimatkan masa antara enam bulan hingga setahun yang diperlukan untuk menyediakan menara komunikasi, medium utama dalam kesalinghubungan internet buat masa ini.
Beliau juga mahu Belanjawan 2021 'mengiktiraf' istilah ekonomi kreatif bagi membantu pembangunan dan memajukan lagi seni budaya tanah air, yang secara tidak langsung akan turut mempengaruhi cara kerja serta penyediaan dana pada masa depan.
"Kita juga berharap supaya Belanjawan 2021 menjadi permulaan kepada peruntukan dalam Rancangan Malaysia (RMK) ke-12 bagi aspek dana kandungan digital. Untuk RMK ke-11, kita tidak dapat menghabiskan peruntukan sebanyak RM500 juta yang diberikan kerana tidak mempunyai perancangan khusus.
"Saya telah mohon kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz supaya tidak memotong peruntukan dana ini pada RMK12 dan secara prinsipnya beliau bersetuju namun untuk kali ini, kita perlu merancang dengan lebih teliti bagaimana ia akan digunakan," katanya.
Menjelang pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada 6 Nov ini, Saifuddin berharap semua pihak berlapang dada, bekerjasama dan berbahas secara matang bagi menambah baik kekurangan yang mungkin ada, dengan meletakkan rakyat sebagai kepentingan utama.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata kerjasama bagi meluluskan belanjawan tersebut bukan bermaksud hendak mengekalkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetapi bagi memastikan usaha membantu rakyat dalam situasi negara berdepan pandemik COVID-19 berjalan lancar.
"Kerajaan sudah mengambil langkah yang perlu (dalam membantu rakyat) dengan dua teras utama gerak kerja untuk menyeimbangkan antara kesihatan dan ekonomi. Kita memerlukan dana untuk meneruskan usaha ini yang datang daripada Belanjawan 2021.
"Politik di Malaysia ada waktunya terlalu tajam sehingga kita bermusuhan dalam suasana kita berdepan pandemik COVID-19.
"Mungkin ini adalah masa untuk kita mengamalkan politik dwipartisan dengan rakyat sebagai keutamaan, jika tidak untuk sepanjang masa, sekurang-kurangnya buat masa ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 29 2020
Penarafan internet sebagai utiliti awam dapat membantu mempercepat pembinaan infrastruktur berkaitan seperti menara atau fiber gentian optik. -Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Kempen Klik Dengan Bijak anjur 569 program pada 2023, perangi maklumat palsu
Kempen Klik Dengan Bijak telah menganjurkan 569 program di seluruh negara pada 2023 dalam usaha memerangi penyebaran maklumat palsu dan disinformasi dalam media sosial.
Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia diperkemas, elak disalah guna
Kerajaan sedang mengkaji dan memperkemaskan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang untuk disalahgunakan.
KKOM kini dikenali Kementerian Komunikasi dan Digital - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PerantiSiswa ada sistem pengesan, tindakan boleh diambil terhadap penerima cuba jual - Annuar
Annuar menjelaskan, dengan ada sistem pengesan itu, pihaknya dapat mengetahui sama ada ia diguna oleh penerima peranti tersebut atau sebaliknya.
'RIUH BENOR!' sasar 20,000 pengunjung
Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM), 'RIUH BENOR!', akan berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.
8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One
Ia bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.
Kisah Setanggi Ratna Inderapura bakal difilemkan - Zahidi
Kisah sejarah srikandi Melayu, Sultanah Alam Shah atau Raja Ungu, yang terkenal dengan berpencak senjata dapat dijadikan pengajaran buat generasi muda.
K-KOMM akan angkat industri kreatif kepada kedudukan lebih baik - Annuar
Kerajaan telah menubuhkan agensi MyCreative Ventures untuk mentransformasi kegiatan seni kraf dan kreatif.