KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen pembangkang disarankan agar mengemukakan cadangan konstruktif dalam menambah baik dan meminda Belanjawan 2021 di perbahasan peringkat jawatankuasa yang dijangka bermula pada Isnin.
Koordinator Program Research For Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid, berkata anggota Parlimen pembangkang perlu memikirkan strategi yang bernas dan bukan sahaja bergantung kepada undian belah bahagi sahaja.
“Perkara paling penting di peringkat jawatankuasa ialah pembangkang dan Ahli Parlimen bukan kerajaan perlu kemukakan cadangan atau usul untuk meminda belanjawan dan tidak bergantung kepada undian belah bahagi.
“Sekiranya terdapat undian belah bahagi tetapi tiada usul untuk meminda belanjawan, timbulnya satu ketempangan yang mana akan memberi laluan mudah kepada kerajaan untuk meluluskan Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa.
“Hal ini kerana, selalunya sukar untuk kerajaan meminda atau menukar beberapa butiran dalam Belanjawan 2021 dan selalunya akan diluluskan selepas peringkat jawatankuasa,” katanya dalam temu bual bersama Buletin AWANI pada Ahad.
Katanya lagi, Ahli Parlimen pembangkang perlu menyemak dan meneliti semula setiap butiran khususnya, butiran melibatkan pembangunan dan pengurusan yang ada pada belanjawan yang telah dibentangkan.
“Kali ini pembangkang dan Ahli Parlimen bebas perlu meneliti setiap butiran tersebut dengan komitmen mereka untuk melakukan undian belah bahagi.
“Saya rasa undian belah bahagi bukan sahaja untuk menunjukkan tekanan kepada kerajaan sahaja, malah menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka begitu serius dan mengambil peduli tentang Belanjawan 2021 berdasarkan kritikan mereka dalam perbahasan dasar,” tambahnya.
Sekiranya pembangkang dapat berbuat demikian sepanjang tempoh perbahasan di peringkat jawatankuasa, maka kerajaan berkemungkinan berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan sokongan majoriti untuk meluluskan Belanjawan 2021.
Pada Jumaat (27 November) lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peluang masih wujud untuk menyatakan pendirian tegas termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawantankuasa dalam minggu-minggu akan datang.
Isabelle Leong
Sun Nov 29 2020
Anggota Parlimen pembangkang perlu memikirkan strategi yang bernas dan bukan sahaja bergantung kepada undian belah bahagi sahaja. - Gambar fail
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.