awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Peruntukan lebih besar untuk Sabah - Azizah Dun

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
01/11/2020
14:41 MYT
Belanjawan 2021: Peruntukan lebih besar untuk Sabah - Azizah Dun
Azizah berkata, perkara itu mencakupi aspek pembangunan infrastruktur, kesihatan dan kemudahan jalur lebar. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kerajaan diminta untuk menyediakan peruntukan lebih besar kepada Negeri Sabah meliputi semua aspek dalam Belanjawan 2021.
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, perkara itu mencakupi aspek pembangunan infrastruktur, kesihatan dan kemudahan jalur lebar.
Katanya, perkara itu dilihat antara yang menjadi keperluan selepas Sabah terkesan dengan pandemik COVID-19.
"Perbelanjaan lebih besar dan perhatian serius amat diperlukan dengan menyediakan kemudahan serta keperluan khas selain tenaga kerja dalam sektor kesihatan di negeri ini.
"Sebagai contoh di kawasan saya, walaupun sudah ada dua buah hospital, tetapi kita terpaksa buka pusat lain untuk menangani COVID-19.
"Sehubungan itu, dalam belanjawan akan datang, perlu lebih banyak perntukan diberikan kepada Sabah dalam meningkatlkan kemudahan kesihatan dan pembangunan bukan sahaja untuk COVID-19, sebaliknya persiapan pada masa hadapan," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Ahad.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan kerajaan akan menumpukan usaha memerangi habis-habisan pandemik COVID-19 dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November depan.
Mengulas lanjut, Azizah yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) meminta agar kerajaan turut menumpukan kepada kemudahan jalur lebar di Sabah khususnya di kawasan pedalaman.
Usaha itu, menurut beliau mampu menyediakan ruang kepada rakyat untuk melakukan peniagaan dalam talian yang dilihat antara kebiasaan baharu susulan pandemik itu.
"Peniaga kecil khususnya di Sabah amat terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa kerana operasi perniagaan tidak boleh diteruskan dengan baik.
"Oleh itu, dalam kebiasaan baharu, kita memerlukan capaian jalur lebar yang lebih luas dan kukuh untuk dimanfaat rakyat dalam menjana pendapatan," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun
#negeri Sabah
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#kerajaan
#pandemik
#Belanjawan 2021
#Pengerusi Majlis Amanah Rakyat MARA
#rakyat
#jalur lebar
#kemudahan hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan