awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: PM perlu akui hilang majoriti jika RUU tidak diluluskan - Pakar Perlembagaan

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
21/11/2020
10:57 MYT
Belanjawan 2021: PM perlu akui hilang majoriti jika RUU tidak diluluskan - Pakar Perlembagaan
Kata Dr Shamrahayu, tindakan meluluskan RUU itu secara interim akan menyukarkan negara selain tidak begitu demokratik serta menjadi persoalan berpanjangan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengambil perhatian dan mengakui keadaan bahawa beliau telah kehilangan majoriti jika Rang Undang-undang (RUU) Pembekalan 2021 tidak mendapat cukup undi untuk diluluskan.
Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz bagaimanapun berkata, situasi itu akan menjadi lebih rumit dan merugikan jika dibuat pelantikan perdana menteri baharu yang perlu membuat semula RUU Perbekalan untuk 2021.
"Tindakan yang perlu diambil oleh beliau ialah untuk bersemuka dengan Yang di-Pertuan Agong dan menyembahkan keadaan tersebut.
"Bagaimanapun, ia terserah kepada Perdana Menteri sama ada beliau hendak meletakkan jawatan atau memohon pembubaran dewan. Kalau sekiranya ia berlaku, ia satu krisis politik lagi dan seterusnya akan mengheret negara ke satu keadaan yang agak tidak tentu arah dan perlulah ditangani oleh Yang di-Pertuan Agong dengan baik sekiranya ini berlaku
"Dan seterusnya kesan yang berkaitan dengan kegagalan meluluskan RUU Perbekalan ini ialah akan berlakunya satu keadaan di mana kerajaan tidak dapat memenuhi keupayaan untuk menggunakan perbendaharaan," katanya semasa dihubungi di sini, pada Sabtu.
BACA: Jika Belanjawan 2021 tidak lulus, negara akan hadapi satu lagi krisis politik - Tun Mahathir
BACA: Belanjawan 2021: Rakan politik harus jujur, mandat harus dikembalikan kepada rakyat - Ahmad Zahid
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia akan membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri yang akhirnya akan menimbulkan satu lagi krisis politik.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau secara amnya berpendapat ada keperluan untuk meluluskan belanjawan itu, namun perlu ada pindaan terhadap peruntukan tertentu bagi memastikan ia lebih menyeluruh, terutamanya dalam menangani COVID-19 dan mengukuhkan kembali ekonomi.
Dalam pada itu kata Dr Shamrahayu, tindakan meluluskan RUU itu secara interim akan menyukarkan negara selain tidak begitu demokratik serta menjadi persoalan berpanjangan.
Jelasnya, ia juga akan menyukarkan untuk diadakan pilihan raya umum (PRU), mendapatkanmandat rakyat serta sukar memilih perdana menteri jika kehilangan kepercayaan majoriti.
Topic Berkaitan
#PRU
#PM
#COVID-19
#RUU
#Parlimen
#Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan