PUTRAJAYA: Kenaikan peruntukan sebanyak 12.06 peratus kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mampu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pesawah, kata Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata, secara keseluruhan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5.39 bilion kepada KPKM bagi tahun ini iaitu kenaikan sebanyak 12.06 peratus berbanding RM4.81 bilion pada 2022.
Katanya, ia sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memacu sektor agromakanan sebagai sektor yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi.
"Kementerian menyambut baik Belanjawan MADANI 2023 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri khususnya di atas keprihatinan terhadap sektor pertanian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Belanjawan yang dibentangkan diyakini dapat mendepani cabaran-cabaran sektor agromakanan antaranya pengeluaran, bekalan dan pemasaran makanan, katanya.
Mohamad berkata, pemberian subsidi dan insentif bagi industri padi dan beras berjumlah RM1.6 bilion yang diperuntukkan, dengan tambahan RM228 juta sumbangan tunai kepada pesawah serta perkongsian 30 peratus keuntungan bersih import beras kepada pesawah oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), adalah selaras dengan agenda keterjaminan makanan.
"Ini akan dapat membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pesawah," katanya sambil menambah penggunaan automasi dan pendigitalan dalam sektor pertanian menyumbang kepada peningkatan kualiti pengeluaran dan produktiviti tenaga kerja.
Sehubungan itu, katanya, inisiatif menerusi dana Skim Pembiayaan Agrofood, program Digital AgTech, Elaun Modal Dipercepatkan dan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas perbelanjaan modal telah ditekankan untuk memperluas dan memperkasa penerimagunaan teknologi moden.
Selain itu, beliau berkata, kolaborasi oleh semua pihak berkepentingan diperlukan bagi menjamin ekosistem agromakanan yang mampan.
"Saya menyambut baik agenda keterjaminan makanan merentas kementerian dan kerajaan negeri serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dinyatakan dalam belanjawan ini," katanya.
Beliau berkata, inisiatif yang diumumkan iaitu penanaman jagung bijian, Jualan Rahmah, platform Cloud Kitchen dan program Kebun Komuniti dapat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Katanya lagi, kerajaan turut menggalakkan pelaburan swasta berskala besar berasaskan pertanian bagi meningkatkan pengeluaran makanan.
Sebagai peneraju dalam agenda keterjaminan makanan negara, Mohamad berkata, KPKM komited melaksanakan inisiatif-inisiatif Belanjawan 2023 secara cekap dan berhemat demi kesejahteraan rakyat.
"Saya yakin inisiatif Belanjawan MADANI akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi selari dengan objektif dan sasaran di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0)," tambahnya.
- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Kenaikan peruntukan sebanyak 12.06 peratus kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mampu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pesawah, kata Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu. - Gambar hiasan BERNAMA
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.