awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Kerajaan had pengecualian cukai kenderaan di Langkawi, Labuan mulai 2026

Khalis Khadir
Khalis Khadir
10/10/2025
12:05 MYT
Belanjawan 2026: Kerajaan had pengecualian cukai kenderaan di Langkawi, Labuan mulai 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang melaksanakan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dengan mengehadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan.

Ringkasan AI
  • Kerajaan akan mengehadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan kepada kenderaan bernilai tidak melebihi RM300,000 mulai 1 Januari 2026.
  • Langkah ini diambil bagi mengelak penyalahgunaan kemudahan cukai oleh pemilik kenderaan mewah.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh sistem percukaian yang lebih telus tanpa menjejaskan pelancongan dan pelaburan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi mengekang ketirisan dan penyalahgunaan keistimewaan cukai oleh pemilik kenderaan mewah yang semakin mengambil kesempatan terhadap kemudahan berkenaan.
“Kerajaan mendapati terdapat segelintir pemilik kenderaan mewah mengambil kesempatan terhadap pengecualian cukai di Langkawi dan Labuan sejak sekian lama.
"Bagi memastikan manfaat itu sampai kepada golongan sasaran, kerajaan akan mengehadkan nilai kenderaan yang layak menikmati pengecualian cukai kepada tidak melebihi RM300,000,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Menurutnya, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkukuh sistem percukaian yang lebih telus, tanpa menjejaskan insentif pelancongan dan pelaburan di kedua-dua wilayah bebas cukai berkenaan.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#Anwar Ibrahim
#cukai percuma
#Langkawi dan Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan