awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Kerajaan peruntuk RM2.5 bilion selenggara Jalan Persekutuan, elak tragedi ragut nyawa

Khalis Khadir
Khalis Khadir
10/10/2025
10:33 MYT
Belanjawan 2026: Kerajaan peruntuk RM2.5 bilion selenggara Jalan Persekutuan, elak tragedi ragut nyawa
Perdana Menteri berkata, kerajaan memperuntukkan RM2.5 bilion untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan termasuk menurap jalan berlubang dan memasang lampu jalan. - Foto JaPen
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung tragedi yang meragut nyawa di atas jalan raya agar insiden seumpama itu tidak lagi berulang.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM2.5 bilion bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan, termasuk pembaikan jalan berlubang dan pemasangan lampu jalan.
  • Sebanyak RM30 juta disediakan untuk memperkasa Jurutera Daerah melalui aplikasi MyJalan, manakala RM5.6 bilion diberikan kepada negeri di bawah MARRIS bagi penyelenggaraan jalan negeri.
  • Kerajaan turut menawarkan geran padanan RM4,000 bagi pelupusan kereta lama serta memberi Elaun Modal Dipercepatkan kepada pemilik kenderaan berat yang memasang alat pengehad kelajuan.

Bagi mencapai objektif itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memperuntukkan RM2.5 bilion untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan termasuk menurap jalan berlubang dan memasang lampu jalan.
“Selain itu, RM30 juta untuk memperkasa peranan Jurutera Daerah bagi mempercepat kerja-kerja pembaikan kecil di daerah termasuk aduan rakyat melalui aplikasi MYJalan. Antara lain ialah RM5.6 bilion pemberian Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) kepada negeri untuk menyelenggara jalan negeri seluruh negara.
“Lembaga Lebuhraya Malaysia juga akan memasang 3,000 unit lampu LED di beberapa lokasi tumpuan lebuh raya yang berisiko terjadi kemalangan,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Mengenai penguatkuasaan had laju, Anwar berkata, kerajaan bercadang agar kos pembelian alat pengehad kelajuan bagi kenderaan berat diberi Elaun Modal Dipercepatkan untuk dituntut dalam tempoh satu tahun.
Dalam masa sama, kata beliau, Program Saringan Kesihatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) juga diperluas kepada pemandu pengangkutan awam dan barangan.
“Kereta melebihi 20 tahun yang tidak ekonomik berisiko menjejaskan keselamatan. Kerajaan bersama syarikat pengeluar kenderaan nasional menyediakan geran padanan sehingga RM4,000 untuk menggalakkan pemilik melupus kenderaan lama dan membeli kenderaan nasional baharu.
“Kita berdukacita atas tragedi demi tragedi meragut nyawa di jalan raya daripada kemalangan bas yang membawa anak-anak penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), nahas bas pelancong di Ayer Hitam, kemalangan trak anggota polis di Teluk Intan, hingga ke insiden lori di plaza tol Bukit Kajang baru-baru ini yang meragut nyawa bayi tidak berdosa,” katanya.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#jalan persekutuan
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan