awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Kerajaan serius banteras ketirisan, salah guna kuasa di sempadan

Bernama
Bernama
10/10/2025
22:00 MYT
Belanjawan 2026: Kerajaan serius banteras ketirisan, salah guna kuasa di sempadan
Mohd Shuhaily turut menyambut baik rancangan kerajaan melantik veteran tentera bagi mengisi kekosongan jawatan dalam AKPS. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Peruntukan RM45 juta kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menunjukkan keseriusan Kerajaan MADANI membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa di pintu masuk sempadan negara.
Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas peruntukan kepada agensi yang baru sahaja ditubuhkan itu.
"Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas peruntukan yang diberikan kepada agensi baharu ini, perjalanan kami masih baharu dan sudah tentu mempunyai liku-liku tersendiri kelak," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, Mohd Shuhaily turut menyambut baik rancangan kerajaan melantik veteran tentera bagi mengisi kekosongan jawatan dalam AKPS.
Beliau berkata pengalaman veteran dalam bidang keselamatan dan pertahanan negara amat ditagih dalam menjayakan hasrat kerajaan membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa di sempadan negara.
"Disiplin dan kepakaran veteran tentera akan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan AKPS menjadi agensi penguatkuasaan sempadan yang berwibawa dan bermaruah," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2026 di Dewan Rakyat semalam berkata, sejak penubuhan, AKPS telah menghalang masuk lebih 10,000 warga asing dan menyita barangan yang cuba dibawa secara tidak sah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata untuk memenuhi keperluan 220 tenaga kerja AKPS, kerajaan akan memberi keutamaan untuk melantik petugas di agensi itu daripada kalangan veteran tentera bagi kesiapsiagaan penuh.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
#AKPS
#pintu masuk sempadan
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan