awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Reformasi menyeluruh sektor kesihatan, peruntukan RM46.5 bilion

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/10/2025
10:09 MYT
Belanjawan 2026: Reformasi menyeluruh sektor kesihatan, peruntukan RM46.5 bilion
Reformasi bertujuan memperkukuh integrasi antara sektor awam dan swasta bagi memastikan rakyat menikmati perkhidmatan kesihatan bermutu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkukuh sistem kesihatan negara dengan meningkatkan peruntukan kepada RM46.5 bilion bagi tahun 2026, berbanding RM45.3 bilion tahun ini.

Ringkasan AI
  • Kerajaan meningkatkan peruntukan kesihatan kepada RM46.5 bilion bagi tahun 2026 berbanding RM45.3 bilion tahun ini, selaras dengan reformasi kesihatan di bawah RMK13 dan Kertas Putih Kesihatan.
  • Fokus diberikan kepada penyelenggaraan hospital dan klinik, naik taraf wad hospital daerah, serta penggantian dan pembelian peralatan perubatan baharu.
  • SKMM memperuntukkan RM650 juta untuk meningkatkan ketersambungan internet di fasiliti kesihatan awam seluruh negara.

Predana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan ini mencerminkan komitmen Kerajaan terhadap pelaksanaan reformasi kesihatan menyeluruh seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Kertas Putih Kesihatan, yang berteraskan empat tonggak utama.
Reformasi tersebut bertujuan memperkukuh integrasi antara sektor awam dan swasta bagi memastikan rakyat menikmati perkhidmatan kesihatan bermutu, adil dan mampu bayar.
Tahun hadapan, kerajaan juga akan menumpukan kepada enam permasalahan utama sektor kesihatan, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh daya tahan sistem kesihatan negara.
“Mutu prasarana kesihatan awam ditingkatkan. Semua hospital dan klinik Kerajaan akan diselenggara dan baik pulih melibatkan peruntukan 1.2 bilion ringgit. Wad-wad hospital daerah seluruh negara turut dinaik taraf (100 juta ringgit). Peralatan perubatan lapuk akan diganti selain memperoleh peralatan canggih untuk disiplin baharu (755 juta ringgit).
“SKMM menyediakan 650 juta ringgit antaranya untuk meningkatkan ketersambungan internet di hospital awam, klinik kesihatan, klinik ibu dan anak, klinik komuniti dan klinik desa,” katanya.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sektor kesihatan
#Belanjawan 2026
#peruntukan 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan