Ringkasan AI
- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menerima peruntukan RM12.68 bilion dalam Belanjawan 2027 untuk memperkukuh pembangunan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup masyarakat desa.
- Fokus utama termasuk pembangunan infrastruktur asas, pendidikan, ekonomi, ketersambungan digital, serta bantuan kepada masyarakat Orang Asli dan pekebun kecil getah.
- Pelaksanaan dan pemantauan projek akan diperkukuh bagi memastikan manfaat peruntukan dirasai secara langsung oleh masyarakat desa di seluruh negara.
PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerima peruntukan RM12.68 bilion menerusi Belanjawan 2027 bagi memperkukuh pembangunan luar bandar, merapatkan jurang kemudahan asas serta meningkatkan taraf hidup masyarakat desa di seluruh negara.
KKDW memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak RM7.83 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan manakala RM4.85 bilion untuk perbelanjaan mengurus, dengan tumpuan diberikan kepada pembangunan infrastruktur, pendidikan, kemahiran, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat desa.
Menurut KKDW, peruntukan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan masyarakat luar bandar terus menikmati kemajuan pembangunan negara menerusi aspirasi 'Desa Berdaya, Rakyat Sejahtera'.
Antara tumpuan utama ialah penyediaan RM2.3 bilion bagi pelaksanaan Projek Jalan Desa serta RM3.3 bilion untuk pembangunan prasarana asas luar bandar, termasuk kemudahan bekalan air bersih, elektrik, pemasangan lampu jalan kampung dan lampu jalan solar.
KKDW memaklumkan usaha memperkukuh ketersambungan digital masyarakat luar bandar turut diteruskan menerusi peluasan liputan rangkaian 4G ke semua kampung Orang Asli menjelang 2027.
Selain itu, sebanyak RM445 juta pula diperuntukkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), antaranya bagi pembinaan asrama khas berkapasiti 100 tempat di daerah Kinta, Perak, selain pembinaan tabika Orang Asli di Kampung Angkek dan Pos Belatim, Gua Musang, Kelantan.
Peruntukan itu turut merangkumi projek penanaman semula di Pos Poi, Sungai Siput, Perak.
Bagi memperkasakan ekonomi luar bandar, KKDW memaklumkan kerajaan turut memberi perhatian kepada pembangunan semula pusat penjaja dan gerai Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta pelaksanaan inisiatif Tamu Desa di Sabah dan Sarawak.
Selain itu, KKDW memaklumkan lebih 300,000 pekebun kecil getah pula dijangka mendapat manfaat daripada peningkatan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3.30 sekilogram, selain bantuan subsidi RM400 sebulan kepada pekebun kecil.
Sementara itu, KKDW memaklumkan pembangunan tenaga kerja masa hadapan turut diberi penekanan menerusi peruntukan RM8 bilion bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merentas kementerian, termasuk latihan serta penempatan 1,000 belia bumiputera dalam sektor berpertumbuhan tinggi.
Selain itu, sebanyak RM10 juta disediakan bagi membaik pulih pendawaian elektrik di 20,000 rumah keluarga miskin menerusi GIATMARA.
KKDW memaklumkan pelaksanaan semua program berkenaan akan diselaraskan melalui jabatan, agensi dan bahagian di bawah kementerian itu serta kementerian berkaitan, berdasarkan keutamaan pembangunan, keperluan setempat dan peraturan kewangan serta tatakelola yang berkuat kuasa.
Kementerian itu turut menegaskan keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan projek akan diberi keutamaan bagi memastikan peruntukan yang disalurkan benar-benar diterjemahkan kepada kemudahan, perkhidmatan serta manfaat yang dapat dirasai secara langsung oleh masyarakat desa.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah peruntukan yang diterima KKDW menerusi Belanjawan 2027?
A: KKDW menerima peruntukan sebanyak RM12.68 bilion menerusi Belanjawan 2027. - Q: Apakah fokus utama peruntukan pembangunan luar bandar oleh KKDW?
A: Fokus utama adalah pembangunan infrastruktur, pendidikan, kemahiran, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat desa, termasuk projek jalan desa, prasarana asas, dan ketersambungan digital. - Q: Berapakah jumlah peruntukan untuk Projek Jalan Desa dan pembangunan prasarana asas luar bandar?
A: RM2.3 bilion diperuntukkan untuk Projek Jalan Desa dan RM3.3 bilion untuk pembangunan prasarana asas luar bandar. - Q: Apakah inisiatif yang melibatkan masyarakat Orang Asli dalam peruntukan ini?
A: RM445 juta diperuntukkan kepada JAKOA untuk pembinaan asrama khas di Kinta, Perak, pembinaan tabika di Kampung Angkek dan Pos Belatim, Gua Musang, serta projek penanaman semula di Pos Poi, Sungai Siput. - Q: Bagaimanakah KKDW memastikan keberkesanan pelaksanaan projek dan manfaat kepada masyarakat desa?
A: KKDW menegaskan pelaksanaan dan pemantauan projek akan diberi keutamaan agar peruntukan diterjemahkan kepada kemudahan, perkhidmatan dan manfaat yang dirasai secara langsung oleh masyarakat desa.