awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi - PM Anwar
Tragedi lemas: Nor Baizura teruja ke pantai berkelah dengan keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan Perlis 2019 fokus kualiti hidup rakyat - Azlan Man

Bernama
Bernama
15/11/2018
20:22 MYT
Belanjawan Perlis 2019 fokus kualiti hidup rakyat - Azlan Man
Azlan juga berkata kerajaan negeri tetap dengan pendirian menolak penanaman ketum walaupun dilaksanakan untuk tujuan komersial. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan Perlis akan memberi fokus pada pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di luar bandar selain menarik pelaburan asing ke negeri ini dalam Belanjawan Negeri 2019 yang akan dibentangkan bulan depan.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata bagi mencapai hasrat itu kerajaan negeri akan mengambil pendekatan lebih agresif untuk menarik pihak swasta menjadi peneraju aktif dalam pembangunan negeri.
"Kerajaan negeri bagaimanapun mengharapkan kerajaan Persekutuan membiayai beberapa projek untuk menarik penglibatan sektor swasta," katanya bagi mengulas Belanjawan Negeri 2019 yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula 11 Disember.
Semasa ditemui pemberita di Hotel Putra Regency di sini pada Khamis, Azlan juga berkata kerajaan negeri tetap dengan pendirian menolak penanaman ketum walaupun dilaksanakan untuk tujuan komersial.
Katanya, penanaman tumbuhan itu tidak membantu usaha membanteras penyalahgunaan dadah malah boleh menyebabkan isu penagihan ketum menjadi tidak terkawal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Infrastruktur
#kemudahan awam
#kualiti hidup rakyat
#Menteri Besar
#pembangunan
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan