KUALA LUMPUR: Golongan belia perlu membantu dan memainkan peranan dalam menjadikan usaha mengharungi cabaran dunia baharu pasca pandemik COVID-19 satu realiti, yang akan menunjukkan bahawa dengan sedikit imiginasi, risiko serta kerja keras, tiada apa yang mustahil untuk dicapai, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam ucapan kata-kata aluan pada Forum Ekonomi Belia 2021 secara maya yang bertemakan "A Brave New World" hari ini, Muhyiddin berkata sebagai Perdana Menteri beliau berikrar bahawa kerajaan akan sentiasa memberi sokongan bantuan kepada mereka yang terjejas kehidupan, selama mana yang diperlukan bagi seluruh rakyat untuk pulih dan bangun kembali melangkah maju.
"Bagaimanapun kita tidak boleh harungi cabaran semasa melainkan kita sama berusaha kearah mencari penyelesaian; dan faham bahawa kita mungkin mempunyai peranan yang berbeza, namun kita mempunyai impian yang sama.
"Kaum belia dalam Forum ini, tidak akan dapat mewarisi dunia yang sama seperti saya, atau generasi sebelum ini. Ia bertambah sukar dengan meletusnya pandemik baharu yang mengancam masa depan, di samping isu perubahan iklim yang hanya menunggu masa untuk meledak," katanya.
Muhyiddin mengakui bahawa usaha mengembalikan peluang kepada impian rakyat Malaysia untuk mencapai kesejahteraan, inklusif dan kemampanan; boleh menjadi satu keistimewaan, dan juga bebanan kepada generasi semasa.
"Ini bermakna perlu ada pentakrifan semula terhadap kejayaan ekonomi kita, bukan hanya sekadar melihat jumlah hartawan yang kita lahirkan, tapi bagaimana cara kita meluaskan kekayaan, pertumbuhan dan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Saya harap forum ini akan membuka laluan baharu kearah kemajuan. Ia bermula dengan tekad bahawa setiap generasi rakyat Malaysia dan generasi seterusnya perlu bersama; bahawa kita akan menyerahkan tugas-tugas kita ini kepada generasi muda, dalam keadaan sebuah negara Malaysia yang lebih baik daripada yang kita terima," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 05 2021
Perdana Menteri berikrar bahawa kerajaan akan sentiasa memberi sokongan bantuan kepada mereka yang terjejas kehidupan, selama mana yang diperlukan bagi seluruh rakyat untuk pulih dan bangun kembali melangkah maju. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.