awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bella ketakutan ketika sesi perbualan - Ras Adiba

Hilmi Malik
Hilmi Malik
16/07/2021
11:32 MYT
Bella ketakutan ketika sesi perbualan - Ras Adiba
Datuk Ras Adiba mengharapkan siasatan dibuat secara meluas bagi memastikan si pelaku diheret ke muka pengadilan. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Peristiwa malang yang menimpa remaja OKU berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa.
Ahli Dewan Negara mewakili OKU, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, remaja itu masih kelihatan dalam keadaan trauma sewaktu melakukan perbualan menerusi maya.
“Ketika perbualan itu sendiri, dia (Bella) bercakap pun dalam keadakan ketakutan seperti dia tidak percaya dengan siapa dia bercakap.
“Kita memberitahu kepada Bella semua orang sayang pada dia namun dia tunjukkan isyarat badan seolah-olah perkara itu tidak benar,” kata Ras Adiba dalam wawancara dengan Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Ras Adiba berkata, beliau mengharapkan siasatan dibuat secara meluas bagi memastikan si pelaku diheret ke muka pengadilan.
Menurutnya lagi, apa yang berlaku pada bukan insiden insiden yang pertama, malah telah berlaku beberapa kali sehingga menyebabkan kematian seorang bayi pada tahun lalu.
“Saya harap pihak berkuasa buka mata kerana Bella bukan anak yang pertama menjadi mangsa. Apa sebenarnya yang sedang berlaku dan mengapa kita biarkan ia berlaku?
"Orang seperti itu sepatutnya terima akibatnya dan saya akan pastikan (pelaku terima hukuman setimpal) ” katanya lagi.
Ras Adiba turut berpendapat, masyarakat akan dipersalahkan sekiranya nasib anak syurga ini tidak dibela.
Justeru, beliau menggesa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk secara bersama tampil membantu siasatan pihak polis.
Baru-baru ini, Astro AWANI memaparkan kisah penderitaan Bella yang juga Sindrom Down yang didakwa menjadi mangsa penderaan sewaktu berada di rumah pengasuh.
Kesan melecur pada anggota tubuh badannya turut tular di media sosial selain ia mendapat kecaman hebat dalam kalangan masyarakat terhadap si pelaku.
Kes Dera Bella | Dia masih dalam keadaan ketakutan - Ras Adiba
Topic Berkaitan
#OKU
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Ras Adiba Radzi
#Bella
#bayi
#trauma
#kes dera
#JusticeForBella
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan