awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada keputusan cukai minuman bergula - Dr Subramaniam

Bernama
Bernama
17/06/2016
14:58 MYT
Belum ada keputusan cukai minuman bergula - Dr Subramaniam
Katanya cadangan tersebut masih dibincang di peringkat kementerian dan sebarang keputusan yang dibuat dipastikan akan memberi kesan baik kepada kesihatan rakyat Malaysia.
Belum ada sebarang keputusan untuk mengenakan cukai terhadap minuman bergula, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaiam.
Katanya cadangan tersebut masih dibincang di peringkat kementerian dan sebarang keputusan yang dibuat dipastikan akan memberi kesan baik kepada kesihatan rakyat Malaysia.
"Ia masih lagi kita bincangkan. Kita juga sedang meneliti adakah pengurangan subsidi terhadap gula yang kita laksanakan sebelum ini berjaya mengurangkan penggunaan gula dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Desa Ulu Kenas, Manong di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kementerian bercadang untuk mengenakan cukai kepada minuman bergula yang diimport atau diproses di kilang dalam usaha mengurangkan jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes di negara ini.
Mengulas mengenai Klinik Desa Ulu Kenas, Dr Subramaniam berkata klinik itu merupakan klinik desa ke-25 memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Kuala Kangsar.
Katanya klinik yang menelan kos RM2.6 juta itu menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, rawatan pesakit luar serta perkhidmatan ibu dan anak.
Selain klinik desa tersebut, daerah Kuala Kangsar turut mempunyai enam Klinik Kesihatan dan dua Klinik Ibu dan Anak.
Kawasan operasi klinik tersebut merangkumi lebih 1,500 penduduk Ulu Kenas dan penduduk tiga buah kampung sekitarnya.
Topic Berkaitan
#cukai
#Dr S. Subramaiam.
#Menteri Kesihatan
#minuman bergula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan