Laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hanya akan didedahkan kepada umum apabila sampai masanya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelas Perdana Menteri, ia juga akan diumum selepas kerajaan mengambil tindakan terhadap laporan berkenaan.
"Waktu ini belum sampai masanya, mungkin pada waktu hadapan apabila kita sudah sudah ambil tindakan dan tidak ada kemungkinan kita dikenakan saman malu dan sebagainya, kita akan dedahkan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang bertanya adakah kerajaan mahu mempertimbang untuk menerbitkan laporan CEP dalam bentuk yang sudah disunting.
Menjawab soalan asal Ahmad Fahmi, Dr Mahathir menjelaskan, kerajaan perlu berhati-hati dalam memutuskan sama ada laporan CEP wajar didedahkan kepada umum atau sebaliknya.
Ia berikutan terdapat beberapa hasil dapatan CEP yang memerlukan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan selain mengelak polemik yang mungkin boleh menjejaskan keyakinan pelabur.
"Apa yang penting, semua cadangan penambahbaikan yang diterima dilaksanakan sebaik mungkin bagi kesejahteraan dan kestabilan ekonomi negara,” tambahnya.
Sebelum ini, Pengerusi CEP Tun Daim Zainuddin menjelaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi mendedahkan laporan 100 hari CEP secara umum kepada orang awam.
Daim bagaimanapun berkata, beliau bersama anggota CEP yang lain menyokong supaya laporan CEP yang mengandungi pelbagai cadangan daripada mereka didedahkan kepada orang awam.
Jelas perdana menteri, CEP telah tamat melaksanakan tugas secara rasmi pada 19 Ogos tahun lepas dan laporan akhirnya telah dibentang kepada beliau.
"Arahan pelaksanaannya telah diserahkan kepada Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri untuk diselaras.
"Laporan CEP adalah di bawah bidang kuasa dan menjadi urusan rasmi kerajaan, dan semua anggota CEP dan pegawai yang terlibat secara langsung tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir menjelaskan, peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini menjadikan hutang negara berkurangan.
Ujarnya, kajian pada mulanya mendapati hutang kerajaan melebihi RM1 trilion sekali gus peratusan besar berbanding KDNK negara.
"Sekarang GDP negara meningkat, jadi peratusan hutang jadi kurang. Yang kedua, apabila kita selesaikan hutang dengan ambil tindakan, jadi hutang berkurangan
"Sekarang ia pada tahap tidak menjejaskan usaha kita untuk mentadbir dan membangunkan negara," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai kaedah menurunkan hutang negara di dalam laporan CEP.
Astro Awani
Thu Apr 04 2019
Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu berhati-hati dalam memutuskan sama ada laporan CEP wajar didedahkan kepada umum atau sebaliknya. - Gambar fail
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Fahmi Fadzil bentang 'kad laporan pencapaian'
Antara pencapaiannya termasuk melaksanakan projek tabung makanan (food bank) dan program 'Ikan Segar Harga Berpatutan' untuk bantu golongan isi rumah berpendapatan rendah B40.
Isu tidak cukup kuorum usaha memperlekeh kerajaan PH - Fahmi Fadzil
Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata tidak timbul Ahli Parlimen tidak mencukupi dan jadual kehadiran kini sedang ditambah baik.
PKR mahu Azmin bersemuka, beri penjelasan - Fahmi
Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata PKR masih membuka ruang perbincangan dan menunggu maklumat daripada Mohamed Azmin sendiri.
E-hailing motosikal: Garis panduan dibentang ke Kabinet minggu ini
Garis panduan bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing motosikal, teksi motosikal serta sistem penghantaran makanan akan dibentangkan ke Kabinet pada minggu ini.
Kerajaan rangka undang-undang lindungi pekerja 'gig economy'
Kajian tersebut sedang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Ahmad Maslan kecut perut, beri laluan Tun Mahathir mencelah
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat julung kali bangkit berdiri mencelah dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Belum sampai masa dedah laporan CEP - Tun Mahathir
Laporan Majlis Penasihat Kerajaan akan diumum selepas kerajaan mengambil tindakan terhadap laporan berkenaan.
Harimau Malaya pupus dalam masa 10 tahun - Dr Xavier
Sekiranya tidak diamil tindakan drastik, harimau Malaya ini dalam lima tahun ke 10 tahun akan hilang selama-lamanya.
Kesihatan Anwar bukan masalah untuk tanding presiden - Ahmad Fahmi
Ahmad Fahmi menyokong cadangan Dr Afif Bahardin supaya Anwar bertanding sebagai presiden, menyatakan ia akan membuka laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.