IPOH: Memasuki bulan kedua Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024), namun sudah banyak suara berbunyi mendakwa kemeriahannya tidak terasa dan hambar.
Tinjauan juga mendapati ramai yang membandingkan TMP2024 dengan Tahun Melawat Melaka dan Tahun Melawat Perlis yang juga berjalan serentak pada tahun sama.
Mereka mendakwa, sambutannya gah di dua negeri tersebut di samping pelbagai penganjuran yang mampu menarik minat pengunjung dari pelbagai latar belakang dan usia.
Menurut Pensyarah Kanan UniKL Royal College of Medicine Perak, Ibrahim Ahmad, hasrat Perak yang menyasarkan lapan juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong dari luar negara perlu agresif.
"Setiap agensi yang terlibat dalam promosi pelancongan negeri seperti Tourism Perak, muzium, Majlis Perbandaran atau Daerah, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan perlu terus bekerja keras mempromosi TMP 2024.
"Ia supaya tidak nampak hambar. Promosi perlu bersifat menyeluruh dengan melibatkan pelbagai pihak," katanya ketika dihubungi.
Tegasnya, papan tanda elektronik dengan pelbagai maklumat tarikan perlu dipasang di setiap pintu masuk negeri ini.
Selain itu, paparan maklumat di lebuh raya di sepanjang negeri ini juga perlu memuatkan TMP 2024.
"Warga Perak yang belajar atau bekerja di luar negara perlu dibekalkan dengan maklumat TMP 2024. Untuk menghidupkan budaya rehlah (melawat/melancong) dalam kalangan rakyat adalah cabaran besar dalam industri pelancongan.
"Ia tidak boleh dilakukan secara sambil lewa atau sekadar melepas batok di tangga," katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perak berkata, Perak kaya dengan produk pelancongan yang berasaskan alam semula jadi, tempat bersejarah serta keunikan budaya dan warisan.
Ujarnya, produk itu bukan sahaja khazanah penting pelancongan malah memberi sumber pendapatan kepada penduduk setempat.
Menyentuh tentang Tahun Melawat Melaka dibandingkan TMP, katanya, seharusnya ia memberi kelebihan kepada negeri ini kerana banyak destinasi menarik boleh dikunjungi.
"Sepatutnya negeri yang lebih besar (Perak) beri kelebihan, pengunjung boleh tinggal lebih lama dan pergi ke setiap tempat.
"Ada banyak keunikan terutama dari aspek warisan dan budaya. Orang Rawa, Mandailing, Boyan, Jawa, ada identiti masing-masing yang boleh ditonjolkan sebagai produk pelancongan," katanya.
Tambahnya, produk pelancongan yang diuar-uarkan mestilah benar-benar menepati kehendak orang ramai.
"Adakah produk pelancongan yang ingin ditonjolkan benar-benar memikat hati pelancong? Pakej pelancongan berbaloi dengan perbelanjaan pelancong?
"Begitu juga dengan fasiliti penginapan yang bukan sahaja selesa malah menenangkan fikiran. Semua ini perlu dilihat kerana dibimbangi TMP 2024 menjadi indah khabar dari rupa dan mencemarkan imej negeri," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee berkata, pelancongan di Perak dilihat kurang mengetengahkan keunikan setempat.
"Perak kaya dengan pelbagai keunikan tarikan hingga dapat bermacam pengiktirafan. Contoh Melaka menggunakan sebaik mungkin taraf Warisan Dunia UNESCO.
"Perak ada GeoPark Lembah Kinta dan Lenggong tapi kurang dipromosi sehabis baik. Dalam hal ini aspek penceritaan sangat penting.
"Sasaran TMP 2024 kelihatan hanya fokus kepada kelompok tertentu sahaja. TMP hendak sasar kepada siapa sebenarnya?
"Pelancongan yang mesra keluarga dan pelancongan pendidikan melibatkan murid sekolah juga kurang ditonjolkan.
"Beza di Melaka, Menteri Pendidikan sendiri melancarkan program Tapak Warisan Dunia dan menggalakkan penglibatan sekolah-sekolah," katanya.
Salah seorang penduduk, Wani Shariffuddin berpendapat, kemeriahan TMP tidak begitu dirasai, di samping banyak daerah lain yang dilihat tidak ditonjolkan.
"Rasanya kurang sampai hebahan tentang tempat-tempat menarik atau pakej pelancongan yang boleh pikat hati pengunjung. Gegantung dan papan tanda pun kurang.
"Mungkin hanya nampak Ipoh dan Taiping sebab itu yang selalu orang tuju, tetapi kalau nak ikutkan banyak lagi tempat lain yang boleh dilawati.
"Selain itu, sebelum buat TMP, baiki dan selenggaralah dulu jalan-jalan dan bangunan warisan, tidaklah pengunjung kecewa sebab asyik tutup atau sedang dibaik pulih," katanya.
Aida Aziz
Fri Feb 23 2024
Perak kaya dengan produk pelancongan yang berasaskan alam semula jadi, tempat bersejarah serta keunikan budaya dan warisan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
Program kopi dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Perak, sokong usahawan tempatan
Katanya, sambutan yang diterima Karnival Cherita Secangkir Kopi begitu menggalakkan, di samping berjaya menghimpunkan lebih 40 usahawan kopi.
Benarkah Tahun Melawat Perak hambar?
Ramai yang membandingkan TMP2024 dengan Tahun Melawat Melaka dan Tahun Melawat Perlis yang juga berjalan serentak pada tahun sama.
Gerik kembali ceria selepas sedekad muram
Gerik bukan lagi pekan mati, mural tema tempatan ceriakan suasana sempena Tahun Melawat Perak 2024.
TMP 2024: Perak yakin capai sasaran 8.35 juta pelancong
Kerajaan negeri meluluskan pelaksanaan TMP 2024 pada Mei lalu dengan tambahan peruntukan RM7 juta bagi aktiviti promosi dan pengiklanan.
Nga cadang Perayaan Kuih Bulan Octagon masuk kalendar TMP 2024
Nga berkata, penganjuran majlis tersebut mampu merancakkan lagi aktiviti pelancongan dan ekonomi setempat.
Ketupat terbesar antara tarikan Tahun Melawat Perak 2024 - Exco
Keunikan ketupat membolehkan pelancong bergambar dan memuat naik di laman media sosial masing-masing.