KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan untuk membenarkan aktiviti sektor import dan eksport diteruskan -- termasuk pelabuhan, penggudangan dan penghantaran barang sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh.
Dalam kenyataan pada Sabtu, FMM turut berharap agar industri pembuatan dengan pesanan eksport berkontrak akan dibenarkan beroperasi pada kapasiti 50 peratus, meskipun tidak terbabit dalam sektor ekonomi perlu.
Ia turut menyarankan kerajaan turut memberi kebenaran kepada industri yang menjalankan penyelenggaraan loji, sambil menambah, mereka yang mempunyai relau dan tanur yang perlu beroperasi selama 24 jam seminggu dan tidak boleh dihentikan, mesti dibenarkan beroperasi dengan kapasiti tenaga kerja 20 peratus.
"Dalam hal ini, FMM sedar bahawa kerajaan selama ini sentiasa mengekalkan keseimbangan antara melindungi nyawa dan punca pendapatan, namun, lonjakan jumlah kes pada minggu ini menyebabkan tindakan mengenakan sekatan pergerakan penuh itu dibuat.
Menurut FMM, ia turut menarik nafas lega dengan kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat bahawa Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.
"FMM mengulangi bahawa kerajaan harus segera menyokong industri pada saat yang genting ini menerusi bantuan dan inisiatif kewangan yang diperlukan termasuk memperuntukkan Dana Bantuan Khas untuk membantu syarikat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana.
Selain moratorium automatik selama tiga bulan mulai 1 Jun 2021, ia turut berharap agar kerajaan mewujudkan semula Program Subsidi Upah kepada semua industri dan menangguhkan atau melanjutkan tarikh bayaran bagi semua caruman berkanun berikutan penutupan sepenuhnya operasi, melainkan mereka yang disenaraikan dalam sektor perlu.
Pihaknya turut menggesa kerajaan untuk mengecualikan caj Permintaan Maksimum Tenaga Nasional Bhd untuk Mei 2021 memandangkan industri telah mengurangkan sebanyak 60 peratus tenaga kerja sejak 25 Mei 2021 dan meneruskan rebat elektrik untuk tempoh enam bulan akan datang mulai Julai hingga Disember tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 29 2021
FMM gesa kerajaan benarkan aktiviti sektor import dan eksport diteruskan -- termasuk pelabuhan, penggudangan dan penghantaran barang -- sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh. -Gambar fail
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Ekonomi Malaysia bakal pulih dengan sokongan eksport - FMM
Data PMI memberi isyarat bahawa aktiviti pembuatan kembali rancak dan berada di landasan untuk mencatatkan pemulihan beransur-ansur.
FMM syor kerajaan tubuh majlis MADANI perkukuh kerjasama sektor awam-swasta
Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata langkah itu akan membantu menyelaraskan usaha negara dengan nilai-nilai MADANI yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri.
Peningkatan Malaysia dalam senarai pemantauan pemerdagangan orang mudahkan akses pasaran antarabangsa - FMM
Laporan TIP tahunan Jabatan Negara AS yang dikeluarkan minggu lepas menyaksikan Malaysia naik kepada Senarai Pemantauan Tahap 2 daripada Tahap 3 sebelum ini.
FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang
FMM akan bekerjasama dengan CCPIT dan CCOIC untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta kerjasama antara Malaysia dan China.
Pembekuan permohonan pekerja asing akan jejas produktiviti negara - FMM
Pembekuan permohonan pekerja asing akan menjejaskan produktiviti dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata FMM.
Tiada komitmen dari EU mengenai kebimbangan terhadap peraturan penebangan hutan - MPOC
MPOC akan terus dapatkan penglibatan dalam EUDR, dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menentang diskriminasi terhadap minyak sawit.
FMM gesa sistem lebih baik mohon dana, geran dan insentif berkaitan IR4.0
Thian Lai berkata ini bagi meningkatkan kecekapan selain memastikan lebih banyak syarikat mengambil bahagian dan memohon insentif kewangan berkaitan IR4.0.
Kerajaan perlu bertindak segera tingkatkan daya saing PKS - FMM
Thian Lai berkata Belanjawan 2023 yang disemak semula perlu memberi tumpuan kepada bidang berkenaan demi ekonomi negara dan dinamisme perniagaan.
FMM gesa kewujudan 'agensi juara tunggal' mengenai TVET
Kerajaan mesti menyelaraskan latihan dan kelayakan serta membina jenama dan pengiktirafan TVET.
FMM gesa tambah baik dasar perdagangan
FMM berpendapat Malaysia masih boleh menawarkan syarikat baharu kemasukan dan batu loncatan ke dalam pasaran ASEAN.