KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mencari penyelesaian agar industri pelancongan tidak terjejas susulan bencana alam yang melanda negara ketika ini.
Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata walaupun kejadian seperti tanah runtuh dan banjir adalah perkara luar jangka, MOTAC perlu berusaha mencari penyelesaian jangka panjang untuk melindungi pemain industri pelancongan di masa hadapan.
"Keseriusan kejadian ini akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet esok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen 'Ini Batik Malaysia' di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Tragedi tanah runtuh pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor setakat ini telah mengorbankan 24 nyawa dengan sembilan lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat.
Beberapa negeri pula sedang dilanda bencana banjir antaranya Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak susulan fenomena Monsun Timur Laut yang turut menjejaskan kawasan pelancongan.
Mengenai industri batik Malaysia pula, Tiong berkata kementeriannya sedang merancang untuk mengimport bahan mentah berkualiti tinggi yang digunakan dalam penghasilan batik, sebagai langkah sementara sebelum bahan mentah tersebut dapat dihasilkan secara meluas di dalam negara.
"Malaysia mempunyai peluang dan potensi untuk menjadi pengeluar batik terbesar dunia dalam masa terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing (kanan) bersama Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia 'Ainu Sham Ramli (kiri) pada majlis Perasmian Pameran dan Jualan Ini Batik Malaysia di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Festival Kraf Persona Tekstil 2024
Bermula 28 November hingga 8 Disember 2024 dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Budaya Sarapan di Malaysia diiktiraf Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Budaya Sarapan di Malaysia kini mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
10 laluan penerbangan antarabangsa baharu diperkenalkan bulan ini - MOTAC
Sebanyak 10 laluan penerbangan antarabangsa baharu termasuk satu laluan penerbangan sewa akan diperkenalkan pada bulan ini, dengan jangkaan lebih 3,100 penerbangan mingguan.
MOTAC rancang antarabangsakan Aswara, galak pertukaran pelajar seni dan budaya
MOTAC dan Aswara akan membawa pelajar antarabangsa untuk belajar seni dan budaya di Malaysia.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Industri inap desa Sarawak jana RM4.95 juta, tarik 41,168 pengunjung pada Januari-September 2024
Industri inap desa Sarawak menjana pendapatan RM4.95 juta dari Januari hingga September tahun ini sambil menarik 41,168 pengunjung sepanjang tempoh itu.
HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.
MOTAC rancang tubuh task force, tangani isu perniagaan dijalankan warga asing
MOTAC merancang untuk menubuhkan task force (pasukan petugas khas) bagi menangani isu perniagaan dan pengangkutan termasuk agensi pelancongan yang diusahakan oleh warga asing.
Parlimen: MOTAC akan semak semula Akta Industri Pelancongan - Khairul Firdaus
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menyemak semula Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992 (Akta 482).