awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: MOTAC akan semak semula Akta Industri Pelancongan - Khairul Firdaus

Bernama
Bernama
06/11/2024
09:15 MYT
Parlimen: MOTAC akan semak semula Akta Industri Pelancongan - Khairul Firdaus
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menyemak semula Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992 (Akta 482), kata Timbalan Menterinya Khairul Firdaus Akbar Khan.
Beliau berkata untuk tujuan itu, kementerian akan mengadakan perbincangan bersama-sama pemain industri sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
"MOTAC komited untuk berbincang dan menerima input daripada pemain industri," katanya menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Salamiah meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan sama ada kementerian itu bersedia mengkaji semula dan membatalkan Seksyen 6(1)(i)(iii) AIP 1992 yang mewajibkan setiap bas persiaran menggunakan khidmat pemandu pelancong kerana membebankan pengguna dan pengusaha bas persiaran domestik yang beroperasi secara kecil-kecilan serta tidak melibatkan pelancong asing.
Khairul Firdaus berkata peraturan di bawah AIP telah mengambil kira ekosistem industri pelancongan tempatan merangkumi keperluan syarikat pengendali pelancongan dan agensi pengembaraan pemandu pelancong, institusi latihan pelancongan, kenderaan pelancongan, dan pendaftaran serta pengelasan premis penginapan pelancong.
Beliau berkata MOTAC juga memberikan kelonggaran pengecualian pemandu pelancong di dalam bas persiaran bagi beberapa tujuan dan pengusaha boleh memohon pengecualian berdasarkan syarat ditetapkan.
Sementara itu, menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang ingin tahu persediaan kementerian dan agensi bagi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, Khairul Firdaus berkata MOTAC akan memanfaatkan kepengerusian ASEAN tahun depan untuk mempromosikan kempen TMM 2026.
"Malaysia selaku tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN (ATF) akan menggunakan peluang keemasan ini untuk mempromosikan Malaysia dalam kalangan negara anggota bagi menarik lebih ramai pelancong dari wilayah ASEAN pada 2026," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#semak semula
#Akta Industri Pelancongan
#Dewan Rakyat
#Khairul Firdaus Akbar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan