NATIONAL
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat

Warga emas Aninah Abdullah dan cucunya Nur Qistina Mardiyah Rudi mengutip batu yang di bawah arus banjir ke dalam rumahnya ketika tinjauan di Kampung Gana Jati, Telupid.- Foto Bernama
KOTA KINABALU: Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Ringkasan AI
- Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir dan semua penduduk yang terjejas telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
- Pengisytiharan ini dibuat oleh Pegawai Daerah masing-masing dan semua pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup berdasarkan maklumat dari agensi-agensi berkaitan.
- Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu adalah 5,216 orang daripada 1,820 keluarga.
"Semua PPS telah ditutup dan kediaman penduduk selamat untuk didiami," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Komander Operasi Bencana juga diarahkan untuk menyelaras kekuatan anggota, aset dan logistik di PPS bagi operasi penghantaran pulang mangsa banjir ke rumah masing-masing selain agensi yang terlibat di lapangan diminta menilai jika terdapat keperluan untuk aktiviti pascabencana bersepadu dilaksanakan.
Sehingga 8 pagi tadi, Kota Marudu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi di Sabah iaitu 2,944 orang daripada 1,095 keluarga, Kota Belud 207 mangsa (67 keluarga) dan Telupid 288 mangsa (75 keluarga).
Seramai 5,216 orang daripada 1,820 keluarga dipindahkan setakat pagi tadi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami