JOHOR BAHRU: Bencana banjir yang melanda beberapa negeri termasuk Johor yang menyumbang pelaburan tertinggi kepada negara pada tahun lepas, dilihat tidak menjejaskan minat dan memberikan impak negatif kepada pelaburan asing.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini berikutan kawasan perindustrian yang terkesan tidak melibatkan situasi yang boleh menjejaskan pelaburan.
Beliau berkata kerajaan juga sentiasa memantau keadaan semasa banjir dan kementeriannya juga melakukan libat urus bagi membantu pihak industri.
"Dari segi impak kepada pelaburan tidak ada (kesan negatif), kerana kita dapat lihat bahawa kawasan perindustrian dan juga kawasan terkesan tidak melibatkan situasi yang boleh menjejaskan pelaburan.
"Bagaimanapun, dalam jangka masa panjang sederhana, kita bersama pihak industri banyak buat sesi libat urus bagaimana untuk membantu, tidak ambil ringan perkara itu.
"Kita perlu juga cari kaedah untuk mitigate (mengurangkan kesan) dan meneruskan libat urus dengan pihak industri, tetapi pada masa ini Alhamdulillah situasi baik buat waktu ini," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024 di Johor Port Berhad, di sini, hari ini.
Tengku Zafrul berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada bencana banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini akan menjejaskan minat pelabur asing.
Menurutnya, Johor juga dijangka meneruskan momentum sebagai penyumbang terbesar pelaburan dalam negara susulan trend kukuh yang dicatatnya.
Terdahulu, beliau berkata, MITI menyasarkan sekurang-kurangnya 120 syarikat yang memenuhi kriteria kelayakan akan menyertai AKI 2024, yang mana penyertaan dibuka mulai 1 April hingga 31 Ogos tahun ini.
Sebanyak 14 kategori akan dipertandingkan terdiri daripada lapan kategori utama iaitu Sektor Pembuatan (tiga kategori), Sektor Perkhidmatan (4 kategori) dan Kategori Terbuka.
Kategori lain adalah seperti Syarikat Paling Berpotensi, Industry4WRD dan yang terkini dua anugerah baharu diperkenalkan iaitu Anugerah Kecemerlangan Produktiviti (3 kategori) dan Anugerah Kecemerlangan ESG.
AKI menawarkan insentif untuk meraikan syarikat yang menunjukkan kemajuan ketara dalam amalan pengurusan, produk serta peningkatan kualiti perkhidmatan, antara lainnya seperti trofi, hadiah wang tunai, latihan dan aktiviti promosi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Tengku Zafrul bersama Pengerusi Johor Port Berhad Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh (kiri) memegang Trofi Anugerah Kecemerlangan Industri 2024 pada majlis pelancaran anugerah tersebut di Oasis Johor Port Pasir Gudang hari ini. -fotoBERNAMA
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.
BRICS: Malaysia pantau perkembangan susulan ancaman tarif Trump - Tengku Zafrul
Malaysia, sebagai rakan BRICS, akan memantau perkembangan ini dengan rapat dan menegaskan keterbukaan untuk perniagaan dan perdagangan dengan semua negara.
PKS pemacu pertumbuhan ekonomi APEC, pupuk keterangkuman - Tengku Zafrul
Pertumbuhan inklusif bukan setakat yang memberi manfaat kepada syarikat besar dan multinasional, sebaliknya perlu bercirikan saksama.
MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia
Syarikat itu berminat meneroka pelaburan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
Amerika kekal rakan dagangan utama, pelabur terbesar di Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, AS dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi serta perkongsian perdagangan yang terjalin sejak sekian lama.
Negara rakan BRICS: Sumbang pertumbuhan ekonomi, peningkatan eksport - Tengku Zafrul
Beliau berkata Malaysia akan memainkan peranan dalam mengukuhkan rantaian bekalan global terutama dalam sektor penting seperti semikonduktor serta sektor lain yang strategik.
Kerajaan pastikan belia peroleh akses pekerjaan - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, graduan perlu memiliki set kemahiran yang dinamik, dan menyesuaikan diri dengan trend pekerjaan baharu.