awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana Gunung Jerai: 14 kampung terjejas, lebih 90 penduduk dipindahkan

Adie Sufian Zulkefli, Abd Hadi Che Awang
Adie Sufian Zulkefli, Abd Hadi Che Awang
18/08/2021
17:25 MYT
Bencana Gunung Jerai: 14 kampung terjejas, lebih 90 penduduk dipindahkan
Jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pula adalah seramai lebih 90 orang, membabitkan kawasan di daerah Yan dan Kuala Muda. - Gambar/ Media sosial
YAN: Sekurang-kurangnya 14 kampung dan kawasan perumahan yang terletak berhampiran sungai di kaki Gunung Jerai terjejas akibat banjir kilat disebabkan hujan lebat dan kepala air pada Rabu.
Jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pula adalah seramai lebih 90 orang, membabitkan kawasan di daerah Yan dan Kuala Muda.
Bencana kepala air landa kaki Gunung Jerai, turut akibatkan banjir di kawasan sekitar
Di YAN, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata antara kawasan terjejas ialah Kampung Perigi, Kampung Teroi Bukit, Kampung Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.
"Setakat ini (malam tadi), anggaran keseluruhan mangsa yang terlibat masih dalam siasatan. Namun, berdasarkan maklumat awal, seramai 60 mangsa perlu dipindahkan segera.
"Kesemua mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan dan Sekolah Kebangsaan Teroi," katanya selepas meninjau kawasan terjejas di sini malam tadi.
Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa mangsa mangsa di PPS akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kumpulan individu yang positif COVID-19, kumpulan yang menjalani kuarantin dan penduduk biasa.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Gunung Jerai: 2 maut, 1 dikhuatiri hilang
Sementara itu, di KUALA MUDA, lima kampung dinaiki air termasuk Kampung Baru Gurun, Kampung Sungai Badak dan Kampung Sungai Kunyit Atas di Gurun selain Kampung Tandop Batu dan Kampung Sungai Batu di Merbok.
Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten Azahar Ahmad berkata, PPS dibuka di dua mukim berkenaan untuk keselamatan.
Beliau berkata, sebanyak tujuh keluarga terjejas akibat banjir berkenaan.
"Paras air meningkat 1.5 meter pada petang Rabu dan banjir semakin surut namun hujan masih renyai malam tadi.
"Kita masih melakukan pemantauan di kawasan kampung berkenaan untuk memastikan penduduk dalam keadaan selamat," katanya.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak kawasan perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat akibat hujan lebat dan fenomena kepala air berkenaan kira-kira jam 3 petang tadi.
Topic Berkaitan
#bencana
#gunung jerai
#kepala air
#kampung
#mangsa
#banjir kilat
#PPS
#MB
#kuala muda
#Yan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan