KUALA LUMPUR: Carian dalam Twitter menunjukkan kempen ‘bendera putih’ ini mungkin telah dimulakan oleh pengguna Facebook bernama ‘Jah’ atau Nik Faizah Nik Othman, Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan pada 28 Jun.

Kemaskini beliau adalah yang terawal atau antara yang paling awal mencadangkan inisiatif ini.

Ketika ditanya, apakah rasional disebalik warna putih, Nik Faizah jelaskan kerana setiap rumah mempunyai lampin putih dan baju sekolah putih.

“Bila kita terdesak, apa sahaja yang ada di depan kita itu boleh digunakan untuk meminta bantuan. Saya rasa kain putih ini senang dapat dirumah.

"'Posting' tentang bendera putih itu sebenarnya saya tulis ikhlas dari hari saya sendiri bila saya lihat banyak kesusahan yang berlaku akhir-akhir ini,” katanya ketika dihubungi Niaga AWANI.

Tambahnya, “Saya tidak tiru mana-mana, saya sebenarnya cuba nak sampaikan mesej kepada masyarakat di sekitar saya sahaja.”

Menurutnya, dia tidak sangka kemaskini tersebut akan menjadi tular.

Kemaskini yang dimuatkan di Facebook pada 28 Jun lepas sehingga kini telah telah dikongsi 20,000 kali.

Tambahnya, sebagai seorang wanita dan aktivis, hatinya tersentuh membaca pelbagai laporan berkenaan individu yang tertekan ketika ini.

Menurutnya, keadaan semasa ini memerlukan semua pihak mengambil tindakan drastik untuk bantu lebih ramai orang yang dalam kesusahan dan tertekan ketika ini.

Jelasnya, ketika ini dia tidak nampak bendera putih dikibarkan di kawasannya kerana kesukaran untuk keluar rumah akibat kawalan pergerakan ketika ini.

Selain itu beliau mengesahkan tidak pernah melihat di mana-mana kemaskini berkenaan bendera putih sebelum membuat kemaskini berkenaan.



Niaga AWANI: #BenderaPutih | Siapa terawal? Siapa mulakan dan apa rasional di sebalik warna putih?

Pada 28 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 menerusi Pakej PEMULIH kepada semua Ahli Parlimen untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan.

Jelas beliau, ia bagi memberi lebih banyak bantuan dihulurkan kepada golongan terjejas menerusi wakil rakyat di kawasan masing-masing.

BACA: PEMULIH: Golongan miskin tegar, B40, M40 dapat Bantuan Khas COVID-19 bermula Ogos - PM

BACA: PEMULIH: Bantuan Bakul Makanan, dana RM300,000 kepada Ahli Parlimen diagih hari ini

Turut diumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi tujuan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.


Pengumuman Khas Pakej PEMULIH oleh Perdana Menteri | 28 Jun 2021