awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bentley Continental GT Speed mencapai kelajuan 331km/j di lebuhraya biasa

Astro Publication
Astro Publication
09/11/2015
09:22 MYT
Bentley Continental GT Speed mencapai kelajuan 331km/j di lebuhraya biasa
Ada dua perkara yang perlu difahami terlebih dahulu:
1. Pemanduan ini dilakukan di satu bahagian yang tertutup Lebuhraya Stuart, Australia. 2. ‘Vmax’ adalah frasa yang membawa erti kelajuan maksimum.
Okay, boleh mula cerita sekarang.
Bentley telah membawa sebuah Continental GT Speed model tahun 2016 ke Lebuhraya Stuart di utara Australia dan membenarkan seorang pelumba lagenda memandunya sehingga 331km/j, kelajuan maksimum yang boleh dicapai – atau Vmax. Pelumba yang dimaksudkan adalah John Bowe yang sudah memenangi banyak kejuaraan lumba kereta di Australia, termasuk Bathurst 1,000 sebanyak dua kali.
Kelajuan Vmax ini telah dicapai dalam masa hanya 76 saat dan dalam waktu itu telah merentas jarak sebanyak 9.4km. Kuasa pecutan datang daripada enjin standard Bentley Continental GT Speed – W12, 6-liter dengan turbo berkembar yang menghasilkan 626hp dan tork sebanyak 820Nm. Pada waktu Bentley GT Speed ini mencapai Vmax 331km/j, ia bergerak sejauh 92 meter setiap saat! Mengikut John Bowe, “Kereta ini tidak diubah suai; ia adalah kereta standard. Ia mencapai kelajuan 331km/j dari keadaan rehat dalam masa dalam masa hanya lebih sedikit seminit. Walaupun sudah melepasi 321km/j, GT Speed ini terus memecut. Itu sangat luar biasa.”
Pada kelajuan Vmax, 216 liter cecair penyejuk sedang pantas melalui sistem radiator dan enjin kereta ini setiap minit. 4,700 liter udara juga sedang melalui radiator setiap saat, dan menggunakan sehingga 80% kuasa enjinnya hanya untuk mengatasi beban aerodinamik. Lebuhraya Stuart adalah sepanjang 2,834km yang bermula dari Darwin (di bahagian utara Australia) dan Port Augusta (bahagian selatan). Pada bulan Oktober 2013 kerajaan tempatan telah menjadikan sebahagian daripada lebuhraya ini bebas daripada had laju maksimum. Bahagian yang dimaksudkan adalah antara Alice Springs dan Barrow Creek yang sepanjang 200km.
Topic Berkaitan
# GT Speed
# Vmax
#Bentley
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan