MELAKA: Gara-gara berang lemang yang dijual dicampak pelanggan, seorang peniaga lemang di Bukit Beruang, di sini bertindak mencederakan individu itu menggunakan buluh lemang, pada Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa yang merupakan pesara tentera berusia 61 tahun datang ke gerai peniaga berusia 41 tahun untuk menukar lemang yang dibelinya pada siang hari kerana mentah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa menunjukkan lemang yang tidak dimasak dengan sempurna kepada peniaga lemang itu, namun dia enggan melihatnya.
Beliau berkata, peniaga lemang itu kemudian membelah salah satu lemang yang dibeli oleh mangsa dan menunjukkan lemang tersebut masak sepenuhnya sebelum berlaku pergaduhan mulut antara mereka.
Katanya, tindakan mangsa yang mencampak lemang di dalam bekas plastik pada suspek serta merakamkan video menyebabkan suspek 'naik angin.'
"Suspek marah kerana pengadu ada campak lemang yang dikatakan tidak masak kepadanya dan juga merekod video menyatakan gerai tersebut menjual lemang yang tidak masak.
"Suspek kemudian memukul pengadu menggunakan buluh lemang yang telah dipotong," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah Christopher, akibatnya mangsa terpaksa menahan kesakitan selepas mengalami kecederaan di bahagian telinga sebelah kiri dan tangan kanan akibat serpihan buluh lemang.
"Mangsa terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka," katanya lagi.
Ujar beliau, suspek ditahan pada Sabtu di tepi Jalan Kota dan sudah dirakam percakapan serta dibebaskan dengan jaminan polis.
"Polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
Terdahulu, tular hantaran dipercayai dimuat naik oleh anak mangsa yang mendakwa peniaga itu lemang kurang ajar hingga menyebabkan bapanya mengalami kecederaan dan meminta orang ramai supaya berhati-hati membeli lemang di kawasan itu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 23 2023
Tular gambar kecederaan dialami mangsa akibat dipukul dengan batang buluh lemang oleh individu itu di media sosial, Facebook. - Sinar Harian
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Berang lemang dicampak, penjual cederakan pesara tentera
Gara-gara berang lemang yang dijual dicampak pelanggan, seorang peniaga lemang di Bukit Beruang, di Melaka bertindak mencederakan individu itu menggunakan buluh lemang.