awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang tak dapat RM5,000, isteri acu pisau pada suami

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2023
07:41 MYT
Berang tak dapat RM5,000, isteri acu pisau pada suami
Wanita berusia 34 tahun itu telah diberkas di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 9 malam, Ahad lalu.- Gambar hiasan
AMPANG: Berang kerana wang RM5,000 yang diminta untuk pulang ke kampung tidak diberi, seorang wanita warga Indonesia bertindak mengugut dengan mengacu pisau ke muka suaminya dalam kejadian di Taman Tasik Tambahan, di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 6 pagi, 6 Julai lalu.
"Mangsa lelaki tempatan berusia 48 tahun telah berselisih faham dengan isterinya (suspek) yang meminta wang RM5,000 untuk pulang ke kampung.
"Mangsa tidak mempunyai wang yang diminta sebelum diugut oleh isterinya dengan mengacukan pisau ke arah muka dan menyatakan akan merodok mulut mangsa dengan pisau terbabit," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, wanita berusia 34 tahun itu telah diberkas di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 9 malam, Ahad lalu.
Tambah Mohd Azam, polis turut merampas sebilah pisau yang digunakan semasa kejadian terbabit.
"Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai kini direman empat hari sehingga 27 Julai untuk siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," ujarnya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#acu pisau
#wanita warga Indonesia
#Ampang Jaya
#ugut suami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan