awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bercuti dengan aman tanpa sebarang tunggakan cukai serta sekatan perjalanan

Kenyataan Media
Kenyataan Media
19/02/2023
01:45 MYT
Bercuti dengan aman tanpa sebarang tunggakan cukai serta sekatan perjalanan
Pembayar cukai boleh membuat semakan status tunggakan cukai mereka melalui portal MyTax manakala semakan sekatan perjalanan boleh dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia.
16 FEBRUARI 2023 yang lalu merupakan hari terakhir sesi persekolahan para murid bagi sesi 2022 sebelum mereka ‘berehat’ panjang dan mula bersekolah pada 20 Mac 2023 kelak. Perancangan percutian pasti telah dibuat oleh para ibu bapa bagi memastikan cuti sekolah mereka pada tahun ini lebih bermakna. Bagi memastikan percutian yang tenang dan aman, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memberikan saranan kepada semua pembayar cukai untuk menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing terlebih dahulu sebelum membuat perancangan untuk ke luar negara bagi sebarang tujuan.
Pembayar cukai boleh membuat semakan status tunggakan cukai mereka melalui portal MyTax yang boleh dicapai melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my/. Manakala semakan sekatan perjalanan boleh dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di https://sspi.imi.gov.my/sspi/.
Merujuk kepada Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976), HASiL adalah diberi kuasa untuk menghalang mana-mana individu daripada meninggalkan Malaysia jika mereka atau syarikat mereka mempunyai tunggakan cukai yang tidak dijelaskan kepada kerajaan. Pemakluman tindakan tersebut akan dibuat ke alamat terakhir yang dikemaskini oleh pembayar cukai kepada HASiL melalui data percukaian terkini yang direkodkan.
Sekiranya pembayar cukai mempunyai tunggakan cukai dan dikenakan sekatan perjalanan, mereka adalah dimohon untuk membuat bayaran atau menghubungi pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka untuk tujuan rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara.
Bagi tujuan pembayaran tunggakan cukai pendapatan, bayaran cukai boleh dibuat melalui: * Portal MyTax melalui Perkhidmatan ezHasil > ByrHASiL atau pautan terus https://byrhasil.hasil.gov.my/; atau * Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL; atau * Mesin deposit tunai/ Mesin juruwang automatik (ATM) bank ejen kutipan HASiL; atau * Kaunter bank ejen kutipan HASiL terpilih; atau * Kaunter Bayaran HASiL Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mengunakan kad kredit / kad debit.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui: a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); b) HASiL Live Chat; dan c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.
Topic Berkaitan
#cukai
#LHDN
#MyTax
#semak status tunggakan cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan