awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bergaduh kerana ayam laga, pemuda nyaris ditembak

Bernama
Bernama
06/10/2016
10:39 MYT
Bergaduh kerana ayam laga, pemuda nyaris ditembak
Insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan permintaan untuk memulangkan ayam laga. - Gambar hiasan/AFP
Seorang pemuda nyaris ditembak bekas bapa tirinya yang merupakan seorang nelayan warga Thailand yang berpunca daripada seekor ayam laga, di Kampung Bukit Tok Po, Kuala Perlis beberapa hari lepas.
Warga Thai berumur 46 tahun itu dilapor menggunakan laluan laut dari Puju dekat Setoi untuk ke Kuala Perlis bagi melakukan angkara tersebut.
Ketua Polis Perlis, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata nelayan tersebut dilapor merasa tidak berpuas hati setelah bekas anak tirinya itu meminta dia memulangkan semula ayam laga milik pemuda tersebut yang didakwa telah dicuri warga asing berkenaan.
Beliau berkata pihak polis yang sedang membuat rondaan di kampung tersebut telah dimaklumkan bahawa pergaduhan sedang berlaku antara dua individu di dalam sebuah rumah.
"Suspek yang sedar dengan kehadiran anggota polis, kemudian bertindak lari ke botnya untuk pulang semula ke Thailand.
"Mangsa bernasib baik kerana berjaya melarikan diri ketika suspek mengacukan pistol kepadanya.
"Pihak polis sempat mengejar dan menahan suspek, namun dia bertindak agresif dan berlaku pergelutan antaranya dengan pihak polis di dalam bot suspek," kata Ab Rashid pada sidang media di sini hari ini.
Polis menemukan sepucuk pistol jenis Colt Super .38 Auto bersama peluru pada suspek serta beberapa butir peluru lain di dalam poket seluarnya.
Warga Thailand berkenaan berkahwin dengan ibu pemuda itu selama lapan tahun sebelum mereka bercerai Julai lepas, katanya.
Topic Berkaitan
#ayam laga
#kes jenayah
#kes polis
#nyaris ditembak
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan