ALOR SETAR: Demi menjaga ibunya yang menghidap kanser tahap tiga, seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil keputusan untuk berhenti belajar meskipun baharu sahaja bergelar mahasiswa.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UUM, Profesor Ahmad Martadha Mohamed berkata, sebaik sahaja menerima permohonan berhenti pengajian daripada pelajar terbabit, pihaknya bergegas ke Taman Murai Jaya, Simpang Ampat di Pulau Pinang pada Sabtu untuk mengetahui perincian masalah dialami Tan Kun.
Menurutnya, pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) itu mengambil keputusan untuk berhenti pengajian dan pulang ke rumah demi menjaga ibu dan bapanya.
"Ibu Tan Kun perlu menjalani rawatan kanser tahap tiga manakala bapanya pula menghidapi penyakit polio dan terpaksa berjalan menggunakan tongkat.
“Menyedari kesusahan dialami Tan Kun, Naib Canselor UUM, Profesor Mohd Foad Sakdan bersetuju untuk meletakkan pelajar itu di bawah Program Sulong 2.0," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau memaklumkan, UUM akan membiayai kos yuran pengajian Tan Kun sehingga pelajar itu tamat pengajian melalui Program Sulong 2.0.
Tambah Ahmad Martadha, Naib Canselor turut meminta HEP untuk membantu Tan Kun jika terdapat sebarang keperluan lain yang difikirkan sesuai.
Sementara itu, Mohd Foad berkata, bapa pelajar itu, Tan Beng Kuang bersetuju supaya anaknya meneruskan pengajian sehingga menggengam ijazah.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan, UUM akan sedaya mungkin membantu Tan Kun sehingga dia berjaya menamatkan pengajian.
"UUM menyedari masalah dihadapi ibu bapanya dalam menyara pengajian pelajar itu dan inilah sebabnya Tan Kun akan dibiayai UUM melalui Program Sulung 2.0 diperkenalkan Kementerian Pendidikan Tinggi,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 22 2023
Mohd Foad (kanan) ketika bertemu dengan Tan Kun di kafetaria Tradewinds UUM pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
MoU bina kerjasama strategik UUM dan 5 universiti di Turki
MoU ditandatangani Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan bersama rektor universiti terlibat.
ABM berhasrat tawar modul keusahawanan menerusi kerjasama dengan UUM
Ia bagi memastikan pelatih memiliki kemahiran dalam bidang teknikal dan ilmu keusahawanan yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan.
Ismail Sabri lanjut pelajaran ke peringkat PhD
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kembali melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Hala tuju UUM, mahu berada di kedudukan teratas Top Business School
Untuk memperkukuh keterlihatan UUM di peringkat global, hala tuju kedua ditetapkan adalah memperkasa kerjasama strategik antarabangsa.
Mahasiswa UUM mengundi 9 Januari 2024, pilih wakil MPP sesi 2023/2024
Hari penamaan calon PRK UUM ditetapkan pada 2 Januari tahun hadapan dan calon-calon boleh berkempen bermula 2 hingga 8 Januari 2024.
Penganjuran SOLITY’23 beri impak positif kepada mahasiswa
SOLITY23 melibatkan 20 mahasiswa Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, SMMTC Universiti Utara Malaysia (UUM)
Proses pengantarabangsaan universiti perlu disokong dengan aktiviti mahasiswa
Bagi Malaysia, pembangunan sistem pendidikan tinggi telah diberikan fokus oleh kerajaan termasuk pelan mengantarabangsakan sektor pendidikan tinggi.
Inisiatif Sudut Makanan Percuma, luahan kasih terhadap pelajar
Menurut Penolong Pendaftar SMMTC, Normizan Yusof, penyediaan sarapan percuma telah dilaksanakan lebih 5 tahun di SMMTC.
Pelajar PhD UUM dari Palestin maut di Semenanjung Gaza
Kematian pelajar lelaki berusia 38 tahun itu, yang dikenali sebagai Esam M. M Elkahlout, disahkan hari ini.
Hidap kanser tidak halang Abdul Rahman tamatkan pengajian di UUM
Bapanya Muhamad Rashidi Sabudin yang naik ke pentas untuk menerima skrol ijazah yang disampaikan Naib Canselor UUM pada sesi kelima konvokesyen.