awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri fokus kepada masalah ekonomi, tadbir urus - Anwar

Bernama
Bernama
11/02/2023
12:06 MYT
Beri fokus kepada masalah ekonomi, tadbir urus - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Minum Petang Perdana Menteri bersama semua Jawatankuasa Kuil-Kuil di Seluruh Negara di Kompleks Seri Perdana hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Masalah yang dihadapi negara ketika ini adalah dari segi ekonomi dan tadbir urus yang harus diberi fokus dan bukannya ketidaksefahaman antara kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, Anwar berkata fokus Kerajaan Perpaduan pimpinannya antaranya adalah untuk mendapatkan kepakaran daripada golongan profesional tanpa mengira kaum dan fahaman politik untuk membangun dan mengurus sebagai satu pasukan.
"Mari kita selesaikan perkara ini, niat dan sasaran kami untuk memastikan reputasi dan keyakinan kepada negara dikembalikan," katanya ketika berucap pada Majlis Minum Petang Perdana Menteri bersama Jawatankuasa Kuil-Kuil di Seluruh Negara di Seri Perdana di sini hari ini.
Anwar berkata suhu ketajaman politik ketika ini perlu diturunkan supaya negara boleh bangkit semula dan membawa agenda pembangunan itu bersama.
"Apa yang diperlukan orang India, Cina, Sarawak dan Sabah untuk menyelesaikannya ialah keberanian untuk mempertahankan kebenaran dan keadilan, untuk bangkit melindungi negara dan kepentingan rakyat," katanya.
Anwar yakin negara dapat bangkit semula lebih kuat dan hebat sekiranya ada kepercayaan, saling hormat-menghormati dan kasih sayang sejajar dengan konsep Malaysia Madani.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi dan tadbir urus
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Kerajaan Perpaduan
#kaum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan